Usaha SME Corp Malaysia untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mendapat akses kepada fasiliti pinjaman telah menampakkan hasil, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim.
Beliau berkata syarikat itu bekerja rapat dengan Persatuan Bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia, dan menerusi perkaitan ini telah berjaya membuat perkaitan dengan bank-bank komersil dan pembangunan.
"Menerusi usaha kami dengan mereka, kami telah menyelaraskan permohonan pinjaman untuk membantu mereka memohon pinjaman. Jika pinjaman mereka ditolak oleh satu bank, mereka boleh membuat permohonan kepada bank lain menggunakan borang yang sama," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Hafsah berkata menerusi hubungan berterusan dengan bank-bank itu, SME Corp telah menganjurkan sesi pembentangan, di mana agensi akan melatih PKS sebelum mereka menemui pegawai bank.
"Ia berkesan kerana pegawai bank boleh melihat syarikat daripada perspektif yang berbeza dan bukan hanya dari segi kewangan.
"Sebagai contoh, jika bank tahun syarikat itu telah diberi 'penarafan' oleh SME Corp, mereka akan lebih yakin dengan syarikat yang memohon pinjaman," kata beliau.
Beliau berkata Malaysia telah disenaraikan di tempat pertama dalam Laporan Menjalan Perniagaan Bank Dunia dari segi kemudahan mendapat kredit selama empat tahun berturut-turut.
Bernama
Sat Jun 15 2013
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
PKS perlu positif terima pelaksanaan cukai bagi perniagaan dalam talian
Penetapan nilai ambang RM500,000 dalam sistem percukaian tidak seharusnya menjadi halangan kepada peniaga termasuk perniagaan dalam talian untuk berusaha mengembangkan perniagaan.
'Bank of Johor': Tingkatkan juga usaha sediakan bantuan kewangan PKS - SME Corp
Inisiatif seperti cadangan Bank of Johor oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, harus ditingkatkan.
Usaha SME Corp bantu PKS kini nampakkan hasil
SME Corp telah menganjurkan sesi pembentangan, di mana agensi akan melatih PKS sebelum mereka menemui pegawai bank.