KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.49 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, berbanding RM2.27 bilion yang dicatatkan setahun lepas.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bank itu berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu.
Maybank berkata pendapatan faedah bersih dan pendapatan Perbankan Islam bagi tempoh dalam tinjauan meningkat sebanyak RM224.8 juta atau 4.5 peratus kepada RM5.24 bilion berbanding suku yang sama sebelumnya.
Perkhidmatan insurans/takafulnya meraih pendapatan bersih RM182.1 juta pada suku pertama 2024 berbanding perbelanjaan bersih RM8.0 juta sebelumnya.
"Pendapatan operasi lain kumpulan itu bagi suku pertama 2024 ialah RM2.87 bilion, meningkat RM1.15 bilion atau 66.8 peratus daripada RM1.72 bilion dalam tempoh kewangan tiga bulan yang sama sebelumnya," katanya.
Bank itu berkata perbelanjaan overhed kumpulan bagi suku semasa mencatatkan peningkatan 19.8 peratus kepada RM3.66 bilion berbanding suku yang sama sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan kakitangan, pentadbiran dan perbelanjaan am, kos penubuhan dan perbelanjaan pemasaran yang lebih tinggi.
Mengenai prospek, Maybank berkata kumpulan itu bersedia untuk memanfaatkan pertumbuhan perniagaan yang dikenal pasti dengan mengembangkan bidang utama perkhidmatan kewangan komuniti kumpulan, perbankan global kumpulan serta insurans dan takaful kumpulan.
Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangkakan, kumpulan itu menyasarkan untuk mencapai pulangan ke atas ekuiti sebanyak 11 peratus bagi tahun kewangan 2024, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu. -Gambar fail/Bernama
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.
Maybank teraju syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara
Malayan Banking Bhd menduduki tempat ke-17 dengan pendapatan sebanyak US$14.15 bilion sekali gus menerajui syarikat-syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara untuk 2024.
Untung bersih suku pertama Maybank melonjak kepada RM2.49 bilion
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini bank itu berkata hasil meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion sebelum itu.
Kini anda boleh tambah kad Maybank pada Google Wallet
Maybank dilihat menyokong kad Visa dan Mastercard kedua-dua debit dan kredit untuk ditambah pada Google Pay.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.