KUALA LUMPUR: Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) mencatatkan lonjakan dalam untung bersihnya kepada RM154.36 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM53.88 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil meningkat sebanyak 50 peratus kepada RM278.39 juta daripada RM185.87 juta sebelumnya disebabkan oleh pengiktirafan muhibah negatif yang berlaku daripada pengambilalihan kumpulan Oiltools, pembalikan rosot nilai pada pelaburan dan pinjaman kepada syarikat bersekutu yang dicatatkan pada suku ketiga.
Kumpulan itu berkata pada sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersih telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada RM265.95 juta daripada RM179.06 juta yang dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2021, manakala hasil meningkat kepada RM702.17 juta daripada RM572.93 juta sebelum ini.
"Mengenai keputusan syarikat bersekutu, sumbangan keuntungan yang dicatatkan adalah lebih tinggi pada sembilan bulan 2022 berbanding tempoh yang sama 2021, terutamanya disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat bersekutu yang lebih baik sebanyak RM34.27 juta," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Berkenaan prospek pula, ia berkata kos bahan yang semakin rendah akan menjadi petanda baik untuk tahun kewangan akan datang, dengan projek infrastruktur dan pembangunan luar bandar di Sarawak kekal utuh.
"Pihak pengurusan terus berpegang pada pandangan jangka panjang bahawa sebaik sahaja kesesakan logistik dan kos bahan mentah menjadi stabil, aktiviti akan meningkat semula dan memberi manfaat kepada perniagaan kumpulan," katanya.
CMS menambah kumpulan itu menjangkakan apabila selesainya pengambilalihan perniagaan Oiltools, ia akan memberi sumbangan kewangan yang positif pada suku akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
![Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669774645_CahyaMataSarawak.jpg)
Cahya Mata Sarawak mencatat lonjakan dalam untung bersihnya kepada RM154.36 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669774645_CahyaMataSarawak.jpg)
Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta
Hasil meningkat sebanyak 50 peratus kepada RM278.39 juta daripada RM185.87 juta sebelumnya disebabkan oleh pengiktirafan muhibah negatif yang berlaku daripada pengambilalihan kumpulan Oiltools.
![Cahya Mata Sarawak lupus 25% ekuiti dalam OM Material Cahya Mata Sarawak lupus 25% ekuiti dalam OM Material](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655252584_Cahyamata.jpg)
Cahya Mata Sarawak lupus 25% ekuiti dalam OM Material
Perjanjian penjualan saham bersyarat ditandatangani antara CMS dan OMS, menurut pemfailan dengan Bursa Malaysia pada Selasa.
![Cahya Mata Sarawak lantik Mukhnizam Mahmud sebagai CFO baharu Cahya Mata Sarawak lantik Mukhnizam Mahmud sebagai CFO baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647298830_MukhnizamMahmud.jpg)
Cahya Mata Sarawak lantik Mukhnizam Mahmud sebagai CFO baharu
Mukhnizam mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dengan syarikat di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
![Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612325578_banjir.jpg)
Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina
Satu jalan lencongan sementara siap dibina bagi melancarkan perjalanan penduduk Kapit yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong pada Selasa.
![Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469504520_PanBorneoHighway.jpg)
Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak
Saham-saham Bina Puri Holdings Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd meningkat pagi ini susulan pemerolehan kontrak baharu bernilai RM1.36 bilion.
![Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81370689781_295x200.jpg)
Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi
Pada 11.58 pagi, saham Cahya Mata Sarawak meningkat 50 sen atau 5.43 peratus, kepada RM9.70, dengan 588,900 saham bertukar tangan.