KUALA LUMPUR: Untung bersih Duopharma Biotech Bhd. meningkat 6% kepada RM16.31 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM15.39 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya berikutan jualan yang lebih baik dalam segmen klasik beretika dan sektor kesihatan awam dalam tempoh berkenaan.
Bagi tempoh itu, pendapatan kumpulan meningkat 17% kepada RM181.74 juta daripada RM155.44 juta, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Selasa.
Ini menyaksikan pendapatan sesaham meningkat kepada 1.72 sen berbanding tahun sebelumnya, 1.63 sen.
Syarikat telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 0.5 sen sesaham berjumlah kira-kira RM4.762 juta untuk tempoh kewangan semasa berakhir 30 Jun 2022 (2021: dividen interim sebanyak 0.5 sen sesaham bersamaan dengan kira-kira RM3.532 juta).
Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022, untung bersih kumpulan meningkat kepada RM36.6 juta daripada RM33 juta bagi tempoh sama tahun kewangan 2021 manakala pendapatan juga meningkat kepada RM367.68 juta berbanding RM321.89 juta.
Pengarah Urusan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar optimis prestasi kumpulan untuk baki tahun ini, disokong oleh momentum pertumbuhan positif yang dilihat dalam ekonomi Malaysia berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa, serta peningkatan peruntukan belanjawan kerajaan dalam segmen farmaseutikal.
Katanya, tender kerajaan bernilai RM375 juta bagi membekalkan Insugen-Insulin Recombinant Human Formulation selama tiga tahun sehingga 2025 dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan masa depan kumpulan, di samping lanjutan kontrak bagi membekalkan produk farmaseutikal dan bukan farmaseutikal kepada hospital dan klinik kerajaan sehingga akhir tahun ini.
"Dalam jangka panjang, kami sentiasa meneroka peluang baharu untuk mengembangkan portfolio produk kami dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tawaran sedemikian dalam masyarakat yang semakin berusia.
"Kami juga sedang mencari potensi melaksanakan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) di ASEAN untuk meningkatkan pendapatan luar negara," katanya.
Duopharma Biotech baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi makanan The Live Green Co. dari Amerika Syarikat untuk bersama-sama meneroka pembangunan makanan kesihatan berasaskan tumbuhan dan farmaseutikal dengan menggantikan bahan berasaskan haiwan, sintetik atau ultra-diproses.
Kerjasama itu akan melibatkan penyelidikan dan pembangunan dengan matlamat untuk mencipta rangkaian baharu makanan berfungsi tumbuhan sahaja untuk memenuhi keperluan pesakit dengan keperluan pemakanan khas.- DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 16 2022
![Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660690378_TBduopharma.jpg)
Syarikat telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 0.5 sen sesaham berjumlah kira-kira RM4.762 juta. - DagangNews
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660690378_TBduopharma.jpg)
Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua
Untung bersih Duopharma Biotech meningkat kepada RM16.31 juta pada suku kedua | Dagang News