KUALA LUMPUR: Nexgram Holdings Bhd (Nexgram), melalui anak syarikat milik penuh Medic Asset Group Sdn Bhd (MAGSB), menandatangani perjanjian bersyarat bagi memperoleh keseluruhan hak pengurusan untuk tanah seluas 16,900 meter persegi di Langkawi bersama-sama dengan sebuah hotel pada harga RM22.5 juta.
Vendor, Wings By Croske Resort Langkawi Sdn Bhd (Wings), akan dibayar melalui terbitan 250,000 saham keutamaan boleh tukar boleh tebus (RCPS) dalam MAGSB pada harga terbitan RM90 sesaham, kata Nexgram dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.
Kumpulan perdagangan peralatan, logistik dan penjagaan kesihatan mengatakan terdapat aturan pembahagian keuntungan di antara MAGSB (25 peratus) dan Wings (75 peratus) daripada keuntungan bersih bulanan yang dijana melalui perniagaan Century One Helang Hotel Langkawi yang memiliki 218 bilik.
"Disebabkan Wings dilantik sebagai pengusaha hotel untuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023, pihak pengurusan memutuskan untuk menyelesaikan pemerolehan perniagaan terlebih dahulu bagi merealisasikan pelaburan itu, sementara menunggu syarat-syarat tertentu yang akan dilengkapkan untuk pertimbangan selanjutnya," kata Nexgram.
Dua hari sebelum itu, pada 8 Mac, MAGSB, Wings dan pemegang saham Wings memeterai perjanjian untuk sama-sama menamatkan perjanjian penjualan saham bersyarat (CSSA) yang lebih awal bagi cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Wings pada harga RM90 juta oleh MAGSB.
Penamatan itu dikaitkan dengan syarat tertentu yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak masing-masing dalam tempoh 12 bulan dari tarikh CSSA, kata Nexgram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023
Nexgram menandatangani perjanjian bersyarat bagi memperoleh keseluruhan hak pengurusan untuk tanah bersama dengan sebuah hotel di Langkawi. - Foto fail/BERNAMA
"Saya guna perkataan 'macai' maksudnya pengikut" - YB Besut
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Besut memanggil Ahli Parlimen Jelutong 'macai'. Ahli Parlimen Besut kemudian memberitahu makna perkataan 'macai' sebagai pengikut. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Dasar luar Negara tidak akan berubah" - Timbalan Menteri Luar
Timbalan Menteri Luar berkata dasar luar Malaysia tidak akan berubah walaupun menjadi rakan BRICS. "Tambahan pula, kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan, kita akan memainkan peranan yang hebat di peringkat antarabangsa," katanya #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
JAKIM telah membangunkan sistem pelaburan berpusat
Timbalan Menteri Agama menegaskan JAKIM menyedari terdapat keperluan penambahbaikan dalam gerak kerja bagi menangani isu-isu berkaitan ajaran sesat dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kaedah 3P untuk memastikan ramai pelancong melawat Malaysia
Timbalan Menteri Pelancongan berkata Karnival Cuti-Cuti Malaysia dilakukan untuk mempromosikan cuti di negara dengan menyediakan pakej harga berpatutan dan berkonsepkan merakyatkan pelancongan. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Orang Asli minta baiki jalan sebelum tengkujuh, Jakoa tunggu masa sesuai
Kerja-kerja baik pulih bagi mengatasi masalah kerosakan jalan di Pos Gob antara senarai keutamaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang telah diberi perhatian untuk dilaksanakan.
Pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2024
Bersama tetamu Dr Md Shukri Shuib / Penganalisis Dasar, Politik Ekonomi & Pengajian Antrabangsa, UUM bagi membincangkan tentang proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2024.
Vivy Yusof, suami dijangka beri keterangan hari kedua
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang dijadualkan pagi ini.
Ribut petir, hujan lebat landa beberapa daerah di 4 negeri
Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda beberapa daerah di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor sehingga jam 12 tengah hari ini.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Bernie Sanders peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders dari Vermont, Amerika Syarikat menewaskan pencabar dari Republikan, Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.
Senator progresif berusia 83 tahun itu akan meneruskan kerjaya di Washington, memulakan penggal baharu selama enam tahun mewakili negeri terbabit.
Senator progresif berusia 83 tahun itu akan meneruskan kerjaya di Washington, memulakan penggal baharu selama enam tahun mewakili negeri terbabit.
Unit Nexgram peroleh hak pengurusan untuk hartanah di Langkawi
Nexgram menandatangani perjanjian bersyarat bagi memperoleh keseluruhan hak pengurusan untuk tanah bersama dengan sebuah hotel.
Nexgram dalam perbincangan awal beli tanah TRX dengan 1MDB
Nexgram Holdings Bhd (Nexgram) berkata ia sedang dalam peringkat awal perbincangan dengan 1MDB mengenai cadangan beli tanah TRX.