KUALA LUMPUR: Turkish Aerospace Incorporation menjalin kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bagi memberikan bimbingan dalam pendidikan aeroangkasa, latihan teknikal dan program kajian di Malaysia.
Kerjasama itu akan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti tenaga kerja, rekaan aeroangkasa dan kejuruteraan, bidang pembuatan, integrasi dan penyelenggaraan sistem, penyelenggaran dan baik pulih (MRO) untuk pesawat ringan dan dron.
Ia adalah selari dengan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Incorporation, Prof Dr Temel Kotil menzahirkan perasaan gembiranya untuk bekerjasama dengan UniKL MIAT untuk bidang pendidikan aeroangkasa dan program latihan di negara ini.
"Negara ini terletak berada dalam kawasan paling pesat membangun di dunia bagi pasaran penerbangan dan jalinan kerjasama ini akan membolehkan kami memenuhi permintaan tenaga kerja profesional dalam industri aeroangkasa selain membantu Malaysia menjadi juara dalam bidang aeroangkasa di rantau ini," katanya selepas menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) di UniKL MIAT Kampus Subang, pada Khamis.
Turkish Aerospace Incorporation adalah pusat pembangunan teknologi, pembuatan, integrasi sistem aeroangkasa, modernisasi dan perkhidmatan selepas jualan di Turki selain menghasilkan pesawat dan dron di pusat pembuatan utama mereka di Ankara.
Sementara itu, Dekan UniKL MIAT, Dr Mohd Hafizi Shamsudin menyuarakan komitmen universiti dalam menyokong kerjasama itu dengan sasaran membentuk Pusat Kecemerlangan yang merangkumi pelbagai aspek dalam bidang aeroangkasa seperti rekaan dan kejuruteraan, pembuatan, integrasi sistem dan MRO di dalam universiti itu.
"UniKL MIAT sangat gembira dengan kerjasama dengan Turkish Aerospace Incorporation kerana ia akan memberi manfaat kepada graduan dan bidang aeroangkasa di Malaysia pada masa hadapan," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 17 2021
Turkish Aerospace Incorporation menjalin kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) bagi memberikan bimbingan dalam pendidikan aeroangkasa, latihan teknikal dan program kajian di Malaysia.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
UniKL MIAT jalin kerjasama dengan Turkish Aerospace Inc dalam pendidikan aeroangkasa
Kerjasama itu akan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti tenaga kerja, rekaan aeroangkasa dan kejuruteraan, bidang pembuatan, integrasi, dan penyelenggaraan sistem.