KUALA LUMPUR: UMW Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih RM47.9 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 September 2021 daripada untung bersih RM83.87 juta dalam tempoh yang sama pada 2020.
Hasil berkurangan kepada RM2.02 trilion daripada RM2.66 trilion sebelumnya, terutama disebabkan oleh jualan yang lebih rendah dalam segmen automotif serta pembuatan dan kejuruteraan pada suku tersebut, yang mana hanya operasi tertentu kumpulan dibenarkan beroperasi secara kapasiti terhad dengan kelonggaran sekatan pergerakan mulai 16 Ogos 2021, di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Segmen automotif merekodkan hasil sebanyak RM1.59 trilion, 25.2 peratus lebih rendah daripada RM2.13 trilion yang dilaporkan pada suku yang sama, terutamanya disebabkan oleh volum kenderaan yang lebih rendah dijual pada suku semasa, hasil daripada perintah kawalan pergerakan penuh dan penyambungan semula perniagaan mulai 16 Ogos 2021 dengan kapasiti terhad, ditambah pula dengan kekurangan cip semikonduktor yang berterusan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mengenai prospek semasa segmen automotif, syarikat itu berkata ia meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi perolehan nilai kontrak tertunggak yang menggalakkan.
"Permintaan untuk produk automotif dijangka terus kukuh berikutan pelanjutan pengecualian cukai jualan.
"Walaupun kumpulan telah berjaya mengurangkan impak kekurangan cip semikonduktor bagi tahun ini, namun kumpulan akan terus bekerjasama rapat dengan prinsipal dan pembekal untuk mendapatkan bekalan cip semikonduktor yang konsisten dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
"Pengenalan model baharu, termasuk kenderaan elektrik hibrid, serta promosi jualan akhir tahun dijangka memacu jualan lebih kukuh pada suku akhir tahun ini," katanya.
UMW berkata prospek untuk sub-segmen komponen dan pelincir kereta semakin bertambah baik secara beransur-ansur kerana gangguan kepada rantaian bekalan semakin berkurangan dan perniagaan telah mula meningkatkan pengeluaran mereka.
Kumpulan itu menjangkakan persekitaran perniagaan akan terus kekal mencabar untuk baki tahun ini dan akan terus menguruskan kesan negatif pandemik COVID-19 terhadap operasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
UMW Holdings Bhd mencatatkan kerugian bersih RM47.9 juta pada suku ketiga (S3) berakhir 30 September 2021 daripada untung bersih RM83.87 juta dalam tempoh yang sama pada 2020. -Gambar fail
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
UMW catat kerugian bersih RM47.9 juta pada S3
Hasil berkurangan kepada RM2.02 trilion daripada RM2.66 trilion sebelumnya, terutama disebabkan oleh jualan yang lebih rendah dalam segmen automotif serta pembuatan dan kejuruteraan pada suku tersebut
UMW Holdings catat keuntungan bersih RM101.3 juta suku ketiga 2020
Prestasi positif ini disumbang ketiga-tiganya segmen perniagaan utamanya yang mencatatkan peningkatan.
UMW namakan Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden, CEO kumpulan
UMW Holdings Bhd melantik Azmin Che Yusoff sebagai pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan (P/GCEO) berkuat kuasa esok.