KUALA LUMPUR: Trend kes muflis bagi individu semakin menurun sejak 2016 dan ini termasuk ketika Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat pada 2018, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata ia berdasarkan trend dan maklumat terkini dari bank-bank dan institusi bukan bank terpilih (penyedia perkhidmatan sewa beli).
"Jumlah belia (individu berumur kurang daripada 35 tahun) yang muflis juga menunjukkan trend penurunan yang sama, mencakupi 14 peratus daripada jumlah kes muflis bagi tempoh Januari hingga Mei 2022, dengan purata bagi tempoh 2017 hingga 2019 adalah 24.9 peratus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu muflis yang acap kali digembar-gemburkan sebagai sinonim dengan keadaan kewangan yang semakin parah selain tindakan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia mengaitkan kenaikan OPR dengan trend muflis baru-baru ini.
Pada 2018, sejumlah 5,283 kes kebankrapan direkodkan manakala 2019 dengan 3,948 kes; sebanyak 2,844 kes pada 2020 dan 2021 pula dengan 1,884 kes, katanya.
Trend penurunan ini adalah dari tujuh institusi kewangan domestik yang mencakupi 71 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan, katanya.
Beliau berkata banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan atau pemiutang lain kerana untuk mengisytiharkan seseorang sebagai muflis bukan perkara mudah.
"Tindakan kebankrapan merupakan jalan terakhir oleh institusi kewangan, setelah segala usaha pemulihan lain dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam," katanya.
Gabenor berkata mengikut Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh BNM, institusi kewangan dikehendaki memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang tindakan kebankrapan diambil.
Beliau berkata bagi para peminjam yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman, mereka digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi institusi kewangan masing-masing sebelum pinjaman tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar.
Ini bagi mengelakkan petisyen kebankrapan difailkan oleh institusi kewangan, katanya.
Selain itu, ia membolehkan institusi kewangan menawarkan pakej bayaran balik pinjaman yang sesuai kepada peminjam bagi membantu mereka ketika menghadapi kesulitan kewangan, katanya.
"BNM juga mendapati peminjam telah beransur-ansur keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman.
"Trend bayaran balik pinjaman sistem perbankan juga mencatatkan penambahbaikan pada suku pertama 2022, di mana trend ini meningkat kepada purata 92 peratus daripada tahap bayaran balik pinjaman sebelum pandemik iaitu pada suku pertama 2020," katanya.
Nor Shamsiah berkata peminjam juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk dipertimbangkan di bawah Program Pengurusan Kredit.
Program tersebut dapat membantu peminjam menstrukturkan semula pinjaman sedia ada dan seterusnya membolehkan peminjam untuk terus membayar balik pinjaman, katanya.
"Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada tindakan undang-undang yang boleh diambil seperti kebankrapan atau lelongan harta, sekiranya peminjam gagal meneruskan bayaran balik pinjaman," katanya.
Beliau berkata BNM juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan agensi lain melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) untuk mempergiat usaha meningkatkan celik kewangan dalam kalangan individu.
Gabenor turut menjelaskan bahawa selain institusi kewangan, tindakan kebankrapan turut diambil oleh pemiutang lain yang berada di luar bidang kuasa BNM, seperti syarikat pemberi kredit, pembekal dan sebagainya.
"Sehubungan ini, kementerian dan agensi yang terbabit dalam hal ini sedang giat berusaha untuk memastikan peminjam/penghutang mendapat layanan yang adil dan bertanggungjawab melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna dan penubuhan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna di bawah Kementerian Kewangan serta penetapan standard dan garis panduan yang seragam berkaitan dengan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Nor Shamsiah mengulas isu muflis yang acap kali digembar-gemburkan sebagai sinonim dengan keadaan kewangan yang semakin parah. - Astro AWANI
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan
Gergasi tekstil Indonesia, Sritex akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis.

TGI Fridays failkan kebankrapan
TGI Fridays menyenaraikan aset dan liabiliti dalam lingkungan AS$100 juta hingga AS$500 juta.

Koperasi “godaan baharu” penjawat awam buat hutang, tingkat risiko muflis
Isu penjawat awam muflis atau berada dalam kebankrapan bukan perkara baharu, namun sejak beberapa tahun ini masalah itu dilihat semakin membimbangkan.

Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.

Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.

Hampir 40,000 orang muflis 'hidup semula', peroleh manfaat Dasar Peluang Kedua
Hampir 40,000 individu telah diberikan pelepasan daripada senarai bankrap menerusi Dasar Peluang Kedua setakat Februari lepas.

Dasar Peluang Kedua: Manfaatkan sepenuhnya untuk memulakan hidup baharu - Pakar
Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif untuk membela nasib rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dengan melepaskan mereka daripada kebankrapan.

Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.