Permintaan trafik penumpang global, yang diukur pada hasil penumpang bagi setiap kilometer, meningkat 6.1 peratus tahun ke tahun pada Mei 2018, naik sedikit daripada pertumbuhan 6 peratus tahun lalu bagi April 2018, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kapasiti meningkat 5.9 peratus sementara faktor beban meningkat 0.1 mata peratusan kepada 80.1 peratus, katanya.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata, Mei adalah satu lagi bulan kukuh dari segi pertumbuhan permintaan.
"Seperti yang dijangka, kita menyaksikan penyederhanaan ketika kenaikan kos syarikat penerbangan mengurangkan rangsangan daripada tambang yang lebih rendah.
"Secara khususnya, harga bahan api pesawat dijangka meningkat hampir 26 peratus tahun ini berbanding 2017. Bagaimanapun, faktor beban tertinggi bagi bulan itu menunjukkan bahawa permintaan untuk penyambungan udara adalah kukuh," katanya.
IATA berkata, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Asia Pasifik menyaksikan peningkatan trafik 8 peratus pada Mei berbanding tempoh yang sama setahun lalu, merosot sedikit berbanding peningkatan 8.1 peratus pada April.
Kapasiti meningkat 7.6 peratus dan faktor beban meningkat 0.3 mata peratusan kepada 77.9 peratus
"Trafik penumpang di rantau ini terus meningkat dengan kukuh dari segi penyelarasan bermusim, didorong oleh kombinasi pertumbuhan ekonomi serantau yang mantap dan peningkatan bilangan pilihan laluan untuk penumpang," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 05 2018
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Asia Pasifik menyaksikan peningkatan trafik 8 peratus pada Mei berbanding tempoh yang sama setahun lalu. - Gambar hiasan
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
COVID-19 ragut lebih 1.03 juta nyawa di seluruh dunia
Amerika Syarikat kekal negara paling tinggi catat kematian iaitu 209,318.
Jumlah kes COVID-19 global cecah 30.3 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 peringkat global melepasi angka 30.3 juta kes. Ia berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah korban akibat COVID-19 kini lebih 942,000
Menurut statistik Johns Hopkins University, angka kematian global itu meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.
COVID-19: India rekod 2.5 juta kes jangkitan
Negeri di bahagian barat iaitu Maharashtra paling teruk terjejas dengan lebih 500,000 kes diikuti Tamil Nadu dan Andhra Pradesh.
Tahap kerisauan rakyat Malaysia terhadap pengangguran meningkat - Ipsos Malaysia
Menurut kajian selidik, Ipsos Malaysia, kadar kerisauan pengangguran yang dilakukan menerusi tinjauan dalam talian terus meningkat kepada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada April.
Perang dagang perlu selesai dengan perundingan, bukan membuli - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua negara termasuk negara kuasa besar agar perang dagang yang berlaku ketika ini diselesaikan dengan perundingan.
Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.
Panas Bumi pilihan raya
Dalam sibuk berkempen pilihan raya, kita seakan terlupa sambutan Hari Bumi pada 22 April yang lalu.
Sisi Berita Global
Kalau dahulu, medium untuk mendapatkan maklumat adalah daripada sumber akhbar. Kini ada radio, televisyen, malah Internet.