KUALA LUMPUR: Top Builders Capital Bhd mencetuskan kriteria yang tertakluk kepada Perenggan 2.1(a) dan 2.1(e) Nota Amalan No. 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Dalam kenyataan pada Jumaat, Bursa Securities berkata ia akan terus memantau perkembangan Top Builders berhubung pematuhannya terhadap Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

"Sehingga 28 Jan, 2022, terdapat sejumlah 26 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.87 peratus daripada jumlah keseluruhan 907 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities," katanya.

-- BERNAMA