Persatuan Usahawan dan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) mengumumkan senarai Top 5 bagi Anugerah NEF-AWANI ICT 2013 yang bakal diadakan pada 13 Disember 2013.

Senarai tersebut telah diumumkan oleh Ketua-Ketua Jawatankuasa Penilaian, Pn. Lilyana Abd Latiff bagi Kategori ICT dan Pn Zainariah Johari bagi Kategori Kreatif.

Senarai Top 5 terdiri daripada dua bahagian iaitu Anugerah ICT dan Anugerah Pilihan Ramai Usahawan-usahawan Bumiputera ICT yang mewakili 7 kategori yang akan cuba memenangi hati para juri dalam sesi “pitching”.

“NEF-AWANI The Pitch!”, merupakan program realiti yang akan ke udara di saluran Astro Awani 501. Program realiti ini akan memaparkan keadaan sebenar para peserta yang akan berhadapan dengan juri-juri profesional.

Berikut adalah senarai Usahawan Bumiputera Top 5 Anugerah NEF-AWANI ICT dalam kategori ICT.

1. Perisian Terbaik
• Authentic Venture Sdn Bhd
• Energetic Point Sdn Bhd
• MCM Value Sdn Bhd
• System Consultancy Services Sdn Bhd
• Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2. Penyelesaian ICT Terbaik Untuk SME’s
• Alam Teknokrat Sdn Bhd
• Authentic Venture Sdn Bhd
• CRF Computer Recovery Facility Sdn Bhd
• Energetic Point Sdn Bhd
• Kat Technologies Sdn Bhd

3. Animasi/Permainan Terbaik
• Elite Animation Sdn Bhd (Ramadhan Mat Jo)
• Elite Animation Sdn Bhd (Mat Jo – Juara)
• Elite Animation Sdn Bhd (Fruiterama – Kelapa Tua & Lampu Ajaib)
• Giggle Garage Sdn Bhd (Origanimals TV Series -3D animation)
• Hud Hud Media Sdn Bhd (Tales Of Wisdom – The Bully)

4. Aplikasi/Kandungan Telefon Mudah Alih & Media Baru Terbaik
• Animagis Sdn Bhd
• Caliphate Technologies Sdn Bhd
• Halal Industry Development Corporation
• Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Business Centre Sdn Bhd

5. Usahawan ICT Muda / Startup Terbaik
• Avant Garde
• Giggle Garage Sdn Bhd
• Open Kod Sdn Bhd
• 1Machine System Sdn Bhd
• Sonnembaum Sdn Bhd (Lagisatu Travel Sdn Bhd)

6. Perniagaan e-Dagang Terbaik
• Carwin Solution
• Energetic Point Sdn Bhd
• Pop My Case Sdn Bhd
• Sonnembaum Sdn Bhd (Lagisatu Travel Sdn Bhd)
• S & S IT Innovations Sdn Bhd

7. Usahawan ICT Wanita Terbaik
• Avant Garde
• Fiber At Home City Networks Sdn Bhd
• Giggle Garage Sdn Bhd
• Madcat World Sdn Bhd
• Teralogic Solutions Sdn Bhd

Untuk kategori Pilihan Ramai, senarai Top 5 terdiri daripada produk dan servis yang telah berjaya meninggalkan impak yang besar kepada orang ramai.

Senarai Top 5 dalam kategori ini adalah:

1. Penyelesaian e-Servis / e-Kerajaan Pilihan Ramai
• LHDN
• AirAsia
• MyEG
• MAS
• Ticket2u

2. Perbankan Dalam Talian Pilihan Ramai
• CIMB
• Maybank
• Bank Islam
• Public Bank
• BSN

3. Portal/Blog Hiburan Pilihan Ramai
• Tonton.com.my
• Murai.com.my
• Gua.com.my
• Rotikaya
• Beautifulnara.com

4. Selebriti@ICT Tempatan Pilihan Ramai
• Lisa Surihani
• Yuna
• Hafiz
• Shila Amzah
• Chef Wan

Proses undian bagi kategori Pilihan Ramai akan diundi melalui laman JOOTA (www.joota.com) dan para pemenang akan dipilih 100% daripada undian orang ramai.