Para pemegang saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) bakal menikmati 'durian runtuh' selepas syarikat utiliti itu mengumumkan pembayaran dividen mencecah rekod tertinggi sebanyak RM3.5 bilion untuk 2017.
"Bagi tahun kewangan 2017, jumlah pembayaran dividen yang disyorkan adalah sebanyak 50 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI), iaitu hampir dua kali ganda daripada kadar bayaran dividen 2016, menjadikannya sebagai kadar bayaran dividen paling tinggi setakat ini," kata Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie.
Beliau berkata, TNB akan terus memaksimumkan nilai pemegang saham melalui pembayaran dividen yang konsisten dan berterusan.
"Dividen RM3.5 bilion ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada para pemegang saham TNB seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan dan Lembaga Tabung Haji, lebih penting, ia juga akan menguntungkan rakyat yang merupakan pemegang akaun dalam institusi-institusi berkenaan," katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan TNB dalam satu kenyataan hari ini.
Keuntungan sebelum cukai TNB melonjak kepada RM8.28 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2017 berbanding RM8.07 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas.
Pendapatan menokok kepada RM47.42 bilion daripada RM44.53 bilion sebelum ini.
Harga sahamnya naik sebanyak 34 sen untuk ditutup pada RM14.34 pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2017
TNB akan terus memaksimumkan nilai pemegang saham melalui pembayaran dividen yang konsisten dan berterusan.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua
Antara faktor kenaikan ialah keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.