Majlis pelancarannya berlangsung di Sunway Velocity Cheras dengan harga yang ditawarkan RM319 bagi Verra dan RM379 untuk model Terra Fi Lite.
Rekaan terbaharu ini didatangkan dengan beberapa ciri istimewa yang membolehkan proses pengeringan lebih cepat sekiranya terkena air selain amat selesa untuk kegunaan lasak.
Menurut jurucakap Teva, Frankie Ng, sandal keluaran terbaharu ini dilengkapi dengan ciri Shoc Pad pada bahagian tumit untuk menyerap tekanan selain Microban, teknologi berasaskan zink yang dapat membantu mengelakkan bau kurang menyenangkan selepas dipakai.