Tesco Stores (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan runcit dalam talian, HappyFresh Malaysia untuk menghantar produknya dalam tempoh satu jam atau pada mana-mana slot satu jam yang diminta pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie berkata memandangkan membeli-belah dalam talian berkembang maju, perkhidmatan itu akan menjadi pilihan yang lebih mudah selain perkhidmatan penghantaran yang sedia ada.
"Semua produk, yang dijual melalui HappyFresh, ditawarkan pada harga sama seperti produk di dalam kedai, termasuk yang diskaun.
"Produk segar, tenusu dan sejuk beku antara 12,000 produk yang ditawarkan dalam perkhidmatan (dalam talian)," katanya pada sidang media pada pelancaran kerjasama Tesco dan HappyFresh di sini pada Rabu.
Ritchie berkata fasa percubaan telah dilaksanakan sejak enam bulan lepas, memberi perkhidmatan kepada 2,500 pelanggan di lima pasar raya Tesco, iaitu di Mutiara Damansara, Ampang, Cheras, Puchong dan Shah Alam.
Sementara itu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia Opal Wu berkata kerjasama tersebut memperluaskan perkhidmatan syarikat itu dari Lembah Klang hingga Puchong dan Shah Alam.
"Ia telah meningkatkan asas pelanggan kami. Kami akan menumpukan untuk memperluaskan perkhidmatan ke pasar raya Tesco yang lain di Lembah Klang dan kami turut merancang untuk pergi ke Pulau Pinang dan Johor Bahru pada akhir tahun depan atau awal 2018.
"HappyFresh juga akan menumpukan kepada mengurangkan kos perkhidmatan kami, menawarkan program kesetiaan dan diskaun eksklusif kepada pelanggan, dan bekerjasama dengan jenama berbeza untuk memacu pertumbuhan," katanya.
Setakat ini, HappyFresh Malaysia mempunyai lebih 100 pembeli peribadi dan 'rider' beroperasi bagi lapan rakan kongsinya, termasuk Sam's Groceria, Jaya Grocers dan Jasons Food Hall. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016
Tesco Stores (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan runcit dalam talian, HappyFresh Malaysia untuk menghantar produknya dalam tempoh satu jam atau pada mana-mana slot satu jam yang diminta pelanggan.
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Skor Indeks Kesihatan Mental Belia tahap sederhana
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dedahkan skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 mencatatkan tahap sederhana.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 November 2024
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
1️⃣ Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
2️⃣ Pengerusi masjid direman enam hari
3️⃣ BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain
Projek atasi banjir RM316 juta di Sarawak sedang dilaksana
PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini melaksanakan Projek Mengatasi Banjir Pantai Negeri Sarawak di bawah RMK12 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM316 juta.
AWANI Ringkas: Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin enam warga Malaysia
Mahkamah Narathiwat menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman pada Isnin kerana disyaki memiliki dadah.
PM Anwar sifatkan Malaysia-China sebagai 'sahabat yang hebat'
Perdana Menteri menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat' ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
AWANI Borneo [5/11/2024] – PRN Sabah | Di seluruh negara | Mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 5 November 2024 bersama Assim Hassan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
1. PRN Sabah, BN tidak tutup pintu kerjasama dengan parti lain.
2. KKR kenal pasti lebih 1,500 cerun berisiko tinggi.
3. Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Labuan.
Pegawai SPRM didakwa salah guna wang sitaan berjumlah RM613,000
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang.
Cold Storage, HappyFresh jalin usaha sama tingkat aktiviti beli-belah 'online'
Menerusi pakatan ini, HappyFresh dapat meluaskan liputan dan meningkatkan perkhidmatan kami di kawasan yang lebih luas.
Tesco, Happyfresh bekerjasama hantar produk dalam tempoh satu jam
Memandangkan membeli-belah dalam talian berkembang maju, perkhidmatan itu akan menjadi pilihan yang lebih mudah selain perkhidmatan penghantaran yang sedia ada.