Ternakan lokan di Sungai Linggi, Alor Gajah di sini akan dijadikan tarikan baharu di kawasan tersebut bagi meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri ini.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya bersama kerajaan negeri akan membantu pengusaha ternakan lokan di kawasan tersebut dengan meneroka potensi dan peluang dalam perusahaan tersebut.
"Produk lokan ini sudah sedia diusahakan namun ia perlu dibantu untuk dikomersial serta disokong dengan kemudahan sepatutnya daripada pihak-pihak berkaitan supaya hasilnya dapat ditingkatkan dan dipelbagaikan seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada pengusahanya.
"Kerajaan turut berhasrat untuk mewujudkan pusat penyelidikan lokan bagi menjalankan kajian dan pembangunan mengenai hidupan berkenaan agar potensinya dapat dikembangkan lagi ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sambutan Aidiladha Amanah Ikhtiar Malaysia di Masjid At-Taqwa, Kampung Paya Lebar, Masjid Tanah di sini hari ini.
Mas Ermieyati yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah berkata pihaknya merancang untuk memperbanyakkan lagi kawasan pelancongan di kawasan Masjid Tanah dalam tempoh lima tahun lagi di samping mengkomersialkan segala produk pelancongan sedia ada di kawasan tersebut.
"Masjid Tanah mempunyai banyak aset pelancongan termasuklah Sungai Linggi yang mana ia perlu dipelihara sebaiknya kerana mampu menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat selain dapat menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.
Bernama
Sun Sep 27 2015

Kerajaan turut berhasrat untuk mewujudkan pusat penyelidikan lokan.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Prosiding isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta ambil masa panjang- PAC
Prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam dijangka mengambil masa panjang.

PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.

MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.

PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.

PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Pemilihan Bersatu: Abdul Rahim, Mas Ermieyati menang jawatan Ketua Bahagian
Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah dalam pemilihan parti itu.

Mas Ermieyati Ketua Srikandi Bersatu baharu
Nurul Ezzati Azmi dari Bahagian Kapar diumum Ketua Srikandi Muda Malaysia manakala naib ketua dimenangi Nabila Norsahar.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.