KUALA LUMPUR: Prestasi terma perdagangan Malaysia kekal positif dengan mencatat kenaikan 2.2 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023 daripada 109.1 mata bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata dari segi perbandingan bulanan, terma perdagangan Malaysia bagaimanapun kembali menunjukkan prestasi negatif dengan penurunan 0.1 peratus kepada 111.5 mata pada Januari 2023 berbanding Disember 2022 berikutan penyusutan indeks makanan (-0.14 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.6 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (-0.08 peratus).
Beliau berkata, indeks nilai seunit eksport dan import menunjukkan momentum penurunan pada Januari 2023 dengan eksport susut 1.3 peratus kepada 142.7 berbanding Disember 2022 manakala import turun 1.1 peratus kepada 128.0 mata.
"Penurunan nilai seunit eksport disumbangkan oleh penurunan indeks minyak galian (-5.8 peratus), bahan kimia (-0.3 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.2 peratus)," katanya dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Malaysia bagi Januari 2023, hari ini.
"Indeks volum eksport pelarasan bermusim turun 6.9 peratus daripada 161.1 mata kepada 150.1 mata. Berdasarkan perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport berkembang 7.6 peratus manakala indeks volum menyusut 5.6 peratus," katanya.
Bagi import, beliau berkata indeks nilai seunit import turun 1.1 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-6.8 peratus), bahan kimia (-0.4 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.3 peratus).
Indeks volum import turut merosot 7.4 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh penurunan indeks pelbagai barang keluaran kilang (-16.8 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-7.5 peratus) dan minyak galian (-6.3 peratus).
"Selain itu, indeks volum import pelarasan bermusim mengalami kemerosotan 5.4 peratus kepada 165.9 mata daripada 175.4 mata.
"Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import berkembang 5.3 peratus manakala indeks volum menyusut 2.6 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Mohd Uzir berkata, dari segi perbandingan bulanan, terma perdagangan Malaysia bagaimanapun kembali menunjukkan prestasi negatif dengan penurunan 0.1 peratus. - Gambar fail
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Terma perdagangan Malaysia meningkat 2.2 peratus pada Januari - Jabatan Perangkaan
Dari segi perbandingan bulanan, terma perdagangan Malaysia bagaimanapun kembali menunjukkan prestasi negatif dengan penurunan 0.1 peratus.