Syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) hari ini mengumumkan persaraan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkuatkuasa 30 Jun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata, ia adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal hari ini bahawa Wan Zulkiflee telah dilantik sebagai Pengerusi syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang baharu.
BACA: Sah! Wan Zul tinggalkan Petronas
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan perlantikan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan syarikat itu yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai, 2020.
“Pelantikan Wan Zulkiflee oleh kerajaan sebagai Pengerusi MAB adalah berlandaskan pengalaman luas beliau dalam memandu PETRONAS dalam mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan, ketika syarikat mengharungi pelbagai rintangan.
“Beliau dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS pada 1 April 2015, ekoran kejatuhan industri minyak dan gas kerana harga minyak mentah yang merudum ketika itu.
"Di bawah pimpinan beliau, Wan Zulkiflee telah memperkenalkan beberapa langkah untuk mencapai pengurangan kos yang efisien, ketika syarikat beroperasi dalam suasana yang cukup mencabar,” menurut kenyataan itu lagi.
PETRONAS berkata, langkah transformasi Wan Zulkiflee dalam beberapa bidang, antara lain termasuklah kecekapan tadbir urus, kecemerlangan komersial, pengoptimuman portfolio, langkah transformasi digital, dan budaya organisasi baharu, telah mewujudkan prestasi syarikat yang mantap, serta asas yang kukuh.
“Beliau juga telah mengubah PETRONAS menjadi sebuah syarikat yang lebih mampan dan mampu berdaya saing dalam era perubahan tenaga,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, PETRONAS turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tengku Muhammad Taufik sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan mereka yang baharu, berkuatkuasa 1 Julai ini.
Syarikat itu berkata, Tengku Muhammad Taufik ketika ini merupakan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS, dan pengalaman serta kepakarannya diyakini dapat membawa syarikat ke arah mercu yang lebih cemerlang.
“Beliau membawa bersama pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang laporan kewangan, kajian kebolehlaksanaan, analisa projek, penstrukturan projek kapita, serta pengurusan risiko dalam industri minyak dan gas.
“Beliau juga mempunyai pendedahan yang signifikan dalam perancangan strategik, serta latihan penilaian pelaburan, dan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan syarikat, Tengku Muhammad Taufik telah berjaya mewujudkan strategi kemasukan untuk perniagaan, dan bekerja rapat dengan pengurusan kanan untuk pelan pelaburan, serta merangka keperluan pembiayaan,” menurut kenyataan itu lagi.
PETRONAS berkata, Pengerusinya Datuk Ahmad Nizam Salleh serta ahli Lembaga Pengarah yang lain mengucapkan selamat datang kepada Tengku Muhammad Taufik, dan sedia berkhidmat dengan beliau selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu.
Firdaus Azil
Sat Jun 06 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdahulu mengumumkan Wan Zulkiflee sebagai Pengerusi syarikat Malaysia Airlines baharu.
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Harga getah ditutup meningkat, jejak kenaikan harga minyak mentah
Getah Mutu Malaysia (SMR 20) mengakhiri dagangan minggu ini pada Jumaat dengan lebih tinggi seiring dengan kenaikan harga minyak mentah penanda aras global, kata peniaga.
Harga petrol, diesel kekal hingga 17 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
KPK kumpul data sebelum cadangan semakan semula WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF - Johari
KPK akan mengumpul data berkaitan kos yang terlibat daripada semua pemain industri minyak sawit di negara ini sebelum cadangan semakan semula levi WPL ke atas minyak sawit dihantar kepada MOF.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
Harga petrol, diesel kekal hingga 26 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter.
Harga minyak jatuh di tengah kebimbangan permintaan yang lemah, keputusan Fed untuk kekal kadar faedah
Harga minyak jatuh pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap kelemahan permintaan yang semakin meningkat di Amerika Syarikat.
MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus
Kenaikan itu bersifat sementara sebelum menunggu keputusan kerajaan untuk memasukkan bas dan van persiaran dalam kategori Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0.
Tak wajar kaitkan 'hari ini menang, esok harga minyak turun' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapan beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), 16 tahun lalu.
Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.22 mata kepada 1,615.59 daripada 1,614.37 ketika ditutup pada Isnin.