KUALA LUMPUR: Keputusan melanjutkan tempoh permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) sehingga 31 Mac, 2022 dibuat selepas mengambil kira kesan banjir terhadap banyak isi rumah dan perniagaan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau berkata sesetengah peminjam masih menghadapi kesukaran walaupun kebanyakan perniagaan telah kembali meneruskan aktiviti mereka dan apabila pasaran pekerjaan bertambah baik.
"Memandangkan ekonomi telah mula pulih, ia juga penting bagi kita untuk mengalihkan tumpuan untuk melaksanakan pembaharuan yang diperlukan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
"Malaysia tidak mampu untuk terlepas peluang terutamanya jika kita mahu menjadi kompetitif pasca pandemik, sama ada dalam ekonomi hijau, pendigitalan atau daya tahan rantaian bekalan," katanya pada sidang media maya selepas pengumuman keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku keempat 2021 hari ini.
Permohonan untuk URUS dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2022 untuk pelanggan kumpulan pendapatan B50 yang layak dan mengikuti program bantuan banjir bank.
Nor Shamsiah berkata industri perbankan melanjutkan tempoh permohonan URUS untuk memastikan sokongan terus tersedia kepada peminjam yang terjejas kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk bangkit semula.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Jessica Chew Cheng Lian berkata bank-bank akan terus mengadakan program penstrukturan semula yang berterusan untuk membantu peminjam yang terus menghadapi masalah kewangan.
"Ia tidak bermakna tiada bantuan untuk peminjam lain dan ia juga tidak bermakna sehingga akhir Mac, 2022, bagi mereka yang telah mengambil program bantuan banjir daripada bank, tidak akan ada bantuan lagi," katanya.
Mengenai pinjaman tidak berbayar (NPL), Chew berkata bank pusat itu menjangkakan risiko kredit dapat diurus walaupun prospek masih kekal mencabar berikutan perkembangan pandemik.
Beliau berkata bank-bank telah membina peruntukan yang besar setakat ini dan menjangkakan kebanyakan bank mengekalkan peruntukan itu untuk 2022 supaya ia dapat membantu menampung potensi kerugian kredit.
"Keduanya, memandangkan program bantuan pembayaran balik secara progresif akan berakhir, bank-bank juga semakin terlibat dengan peminjam," tambahnya.
Sementara itu, bagi kumpulan peminjam yang paling rentan, beliau mengingatkan bahawa program bantuan pembayaran semula masih ada untuk mereka terutamanya program URUS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 11 2022
BNM mendapati sesetengah peminjam masih menghadapi kesukaran walaupun kebanyakan perniagaan telah kembali meneruskan aktiviti mereka dan apabila pasaran pekerjaan bertambah baik. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Tempoh permohonan URUS dilanjutkan selepas ambil kira kesan banjir ke atas isi rumah, perniagaan - BNM
Keputusan melanjutkan tempoh permohonan URUS sehingga 31 Mac, 2022 dibuat selepas mengambil kira kesan banjir terhadap banyak isi rumah dan perniagaan, kata Gabenor Bank Malaysia.
Urus: Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum
Urus : Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum | Dagang News