JOHOR BAHRU: Bekas pengusaha syarikat perancangan kewangan Islam tidak pernah menyangka telur pindang yang menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu ketika majlis perkahwinan akan menjadi lubuk rezeki buat keluarganya.
Bagi Shahrudin Salleh, 57, semuanya berubah selepas pandemik COVID-19 melanda negara, apabila syarikat perancangan kewangan yang diusahakan bersama isteri selama 10 tahun tidak dapat meneruskan operasi.
Kerana terdesak, beliau bereksperimentasi dalam bidang baharu, di luar zon selesanya dengan meneroka perniagaan telur pindang dan akhirnya berjaya mengeluarkan produk berjenama "Telur Pindang Atuk" pada Februari tahun lepas.
"Saya mahu mengubah persepsi biasa masyarakat bahawa telur pindang hanya sesuai dimakan ketika upacara tertentu seperti majlis perkahwinan, sebaliknya ia boleh sahaja dinikmati pada bila-bila masa umpama makan telur masin bersama hidangan lauk pauk harian lain," katanya.
Shahrudin, antara 150 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyertai program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di sini, berkata keunikan telur pindang keluarannya terletak pada resepi khas dengan 11 jenis daun herba dan 11 jenis rempah, bagi menghasilkan rasa yang lebih berlemak dan enak.
"Kalau resepi orang lain, mereka guna tujuh jenis daun herba tetapi saya memilih 11 jenis antaranya daun senduduk, daun lengkuas, daun manggis serta daun salam yang khusus dimport dari India untuk memberikan kelainan pada rasanya.
Kesemua bahan ini akan direbus bersama telur ayam selama tiga hari tiga malam menggunakan api sederhana sebelum boleh diangkat keluar dari periuk," katanya.
Shahrudin berkata penghasilan produknya di Taman Damansara Aliff, Tampoi, di sini boleh mencecah sehingga 4,000 biji sebulan walaupun hanya dimasak dua kali seminggu iaitu pada Khamis dan Isnin.
"Sejak memulakan perniagaan, produk saya telah berjaya menembusi pasaran seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan jualan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, di samping melalui sebaran dalam kalangan pembeli tetap.
"Harganya berpatutan iaitu RM11.90 bagi bungkusan enam biji telur pindang dan RM21.90 (12 biji)," katanya.
Mengenai masa depan, Shahrudin merancang untuk mengembangkan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa namun perlu mencari kaedah untuk memastikan telur pindang keluarannya boleh bertahan lebih lama kerana produknya hanya mampu bertahan selama tujuh hari dalam suhu bilik manakala dua minggu sekiranya disimpan dalam peti sejuk.
Beliau juga berharap program AKM di Dataran Angsana selama tiga hari bermula semalam yang disertainya itu mampu mendedahkan secara meluas jenama produknya kepada lebih ramai pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Shahrudin menunjukkan produk telur pindang keluarannya ketika ditemu ramah Bernama di tapak ruang niaga program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Dataran Angsana, Johor Bahru. - Foto BERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Telur pindang rezeki baharu Sharudin ketika COVID-19
Semuanya berubah selepas COVID-19 melanda, apabila syarikat perancangan kewangan diusahakan bersama isteri tidak dapat meneruskan operasi.