KUALA LUMPUR: TDM Bhd telah menerima tawaran daripada Ikhasas Sdn Bhd untuk mengambil alih dua anak syarikat di Indonesia yang tidak menguntungkan pada harga RM115 juta.
Dalam satu kenyataan semalam, TDM berkata anak syarikat yang merugikan, iaitu PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezki Abadi (SRA), tidak menjana keuntungan sejak tahun pertama pengeluaran sawit, manakala SRA tidak menjalankan operasi sejak pengambilalihannya oleh kumpulan pada tahun 2015.
"Kedua-dua anak syarikat itu dijangka tidak akan mencatat keuntungan dalam tempoh terdekat," kata TDM sambil menambah bahawa kumpulan juga menerima deposit pendahuluan sebanyak RM2.3 juta daripada Ikhasas.
TDM, sebuah kumpulan perladangan dan penjagaan kesihatan, berkata mereka telah menerima tawaran daripada Ikhasas pada 21 Mac 2022. Ikhasas terlibat dalam perniagaan minyak sawit dan perdagangan serta mengeksport produk-produk sawit.
Kumpulan itu berkata ini akan membolehkan TDM menyelaraskan aktiviti perniagaannya dan menumpukan semula tenaga serta sumbernya kepada usaha niaga yang berdaya maju dengan lebih berkesan tanpa perlu berdepan dengan sebarang isu-isu warisan.
Tawaran tersebut adalah bersyarat dengan TDM dan Ikhasas memenuhi syarat khusus tertentu yang telah dipersetujui dalam tempoh enam bulan dari tarikh penerimaan tawaran atau satu tempoh lebih lama yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
"TDM akan berunding secara eksklusif dengan Ikhasas berkenaan cadangan pelupusan dalam tempoh ini atau sehingga tarikh yang kemudian, seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,'' katanya.
TDM telah merekodkan kemerosotan nilai pelaburan aset di Indonesia sejak tahun kewangan 2017, yang berjumlah RM729 juta.
Kedua-dua aset di Indonesia itu juga telah diklasifikasikan sebagai aset dipegang untuk jualan sejak 2019, kata kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
![TDM lupus aset di Indonesia pada harga RM115 juta TDM lupus aset di Indonesia pada harga RM115 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648080281_TBTDM.jpg)
TDM telah merekodkan kemerosotan nilai pelaburan aset di Indonesia sejak tahun kewangan 2017, yang berjumlah RM729 juta.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![TDM lupus aset di Indonesia pada harga RM115 juta TDM lupus aset di Indonesia pada harga RM115 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648080281_TBTDM.jpg)
TDM lupus aset di Indonesia pada harga RM115 juta
PT Rafi Kamajaya Abadi dan PT Sawit Rezki Abadi tidak menjana keuntungan sejak tahun pertama pengeluaran.