Tan Sri Azman Mokhtar meletak jawatan sebagai Pengerusi Axiata Group Berhad susulan pengunduran beliau sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd bulan lalu.
Beliau juga meletak jawatan dari menjadi Pengarah Bukan Bebas, Bukan Eksekutif selepas sepuluh tahun berkhidmat bersama Axiata.
Axiata Group Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Azman bertanggungjawab mengemudi Axiata ke tahap keunggulan di rantau ini dan muncul sebagai institusi tadbir urus korporat berkredibiliti, berintegriti dan patuh kod tadbir urus.
Dalam tempoh sepuluh tahun sehingga Disember 2017, jumlah pelanggan Axiata berjaya merekod jumlah pelanggan dari 40 juta hingga hampir 350 juta; mengembangkan pusat operasi ke sebelas negara dan menjadikan Axiata sebagai kumpulan telekomunikasi kedua terbesar di Asean dan Asia Selatan.
Axiata telah menerima pelbagai pengiktirafan untuk kecemerlangan dalam tadbir urus korporat daripada Kumpulan Pemegang Saham Minoriti (MSWG) di Anugerah Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat ASEAN tahunan.
Pada tahun 2017, beliau telah dianugerahkan Pengerusi Tahunan atas kepimpinan cemerlang.
Ibrahim Sani
Fri Aug 03 2018

Azman Mokhtar menjadi Pengerusi Axiata sejak sepuluh tahun yang lalu. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.