KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad telah menyampaikan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 berjumlah RM446,835.00 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Penyerahan zakat perniagaan Takaful IKHLAS ini disempurnakan oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MNRB, Zaharudin Daud; Pengerusi PPZ-MAIWP kepada Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris dalam satu majlis penyerahan di Masjid Negara, baru-baru ini.
Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden & CEO Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin; Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar; Pemangku CEO PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Pemangku CEO MAIWP, Mohd Nizam Yahya.
Menurut Zaharudin, setiap tahun, Takaful IKHLAS melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab syarikat untuk berkongsi keuntungan pendapatan yang diperoleh dengan golongan yang memerlukan.
Katanya, sumbangan zakat ini juga merupakan satu cara untuk syarikat menerapkan semangat saling tolong-menolong di antara syarikat korporat dan masyarakat, selaras dengan sistem takaful yang berteraskan konsep kerjasama dan tanggungjawab diantara peserta.
“Takaful IKHLAS yakin pembayaran zakat kepada PPZ-MAIWP dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
‘’Pembayaran ini juga dapat dimanfaat sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dalam menjana pembangunan kelestarian masyarakat yang positif melalui program-program yang dilaksanakan oleh PPZ- MAIWP,” tambah Zaharudin lagi.
Sumbangan zakat ini juga sejajar dengan konsep bersedekah yang diterapkan oleh Takaful IKHLAS dalam operasi hariannya. Melalui konsep itu, Takaful IKHLAS juga dapat berkongsi konsep ini kepada pelanggan yang menyertai pelan perlindungan yang disediakan, di mana mereka bukan sahaja melindungi diri dan insan tersayang, malahan dapat turut membantu komuniti yang memerlukan melalui sumbangan perlindungan takaful.
Takaful IKHLAS yakin konep itu bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat tetapi juga dapat memupuk masyarakat yang prihatin antara satu sama lain.
Takaful IKHLAS juga turut menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 kepada beberapa Majlis Agama Islam di negeri yang lain termasuk sumbangan zakat sebanyak RM123,704.40 kepada Majlis Agama Islam Melaka dan RM174,185.60 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu.
Takaful IKHLAS telah memperuntukkan sebanyak RM744,725.00 bagi serahan zakat kepada institusi-institusi zakat dan juga golongan asnaf di beberapa buah negeri. Jumlah serahan zakat kepada PPZ-MAIWP adalah yang terbesar.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Dec 05 2021
Zaharudin Daud (kanan) menyerahkan zakat perniagaan Takaful IKHLAS kepada Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, disaksikan oleh Senator Idris Ahmad di Masjid Negara, baru-baru ini. -Dagang News
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
AWANI Borneo [05/10/2024] - Kes tembak di Song | Tingkat fasiliti | Hala tuju SMJ
AWANI Borneo Sabtu, 5 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.
Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.
Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.