PUTRAJAYA: Sebarang langkah atau keperluan untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) perlu diteliti dan tidak seharusnya melibatkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam Akta Perdagangan Petroleum (PDA) 1974.
Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini berikutan terdapat beberapa perkara khusus dalam akta tersebut seperti fungsi Petronas dalam menjaga, mentadbir dan mengawal selia sumber hidrokarbon dalam negara ini.
"Sebab itu, saya lihat sebelum ini apabila Petronas menyenaraikan perniagaannya, apa yang disenaraikan adalah perkara-perkara yang tidak menyentuh bidang kuasa serta bidang tugas khusus dalam Akta PDA 1974.
"Jadi perkara itu akan terus diperhalusi jika ada keperluan dan pilihannya. Namun semua ini adalah dalam bidang kuasa Menteri Kewangan," katanya pada sidang media mengenai Prestasi Ekonomi Malaysia dan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2022 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Rafizi berkata sebagai individu yang pernah berkhidmat di Petronas, beliau melihat syarikat minyak dan gas negara itu mempunyai kedudukan unik yang perlu diambil kira sejajar dengan peranan organisasi itu sebagai pihak pengawal selia sumber hidrokarbon di Malaysia.
"Oleh itu, ini menyamai (sebagai contohnya) seperti menswastakan Jabatan Perhutanan," katanya.
Beliau mengulas saranan Ahli Parlimen (PH-Subang) Wong Chen semalam agar kerajaan mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan IPO Petronas sebagai antara kaedah mengumpul dana bagi membantu mengurangkan hutang negara.
Wong Chen berkata langkah itu akan membantu dari segi memberi suntikan tunai yang besar bagi mengurangkan hutang negara, menyediakan lebih ketelusan kewangan dan tadbir urus yang lebih baik kepada syarikat minyak dan gas negara, sekali gus meningkatkan hasil fiskal keseluruhan bagi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Rafizi melihat Petronas mempunyai kedudukan unik yang perlu diambil kira sejajar dengan peranan organisasi itu sebagai pihak pengawal selia sumber hidrokarbon di Malaysia. - Fail/BERNAMA
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Syor penyenaraian IPO Petronas perlu diteliti - Rafizi
Sebarang langkah atau keperluan untuk menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) perlu diteliti.