KUALA LUMPUR: Synergy Group memulakan program 'Sumber Cahaya dalam Kegelapan' secara rasminya, yang berikrar untuk membantu pengurusan bangunan kediaman di Selangor menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80% dengan kos pendahuluan sifar.
Program berkenaan menyasarkan 12 majlis perbandaran di Selangor dan menjangkakan pemasangan lampu LED membabitkan lebih daripada 8,000 bangunan berstrata.
Sejajar dengan inisiatif Smart Selangor, program oleh Synergy Group & ODESI bermatlamat untuk memudahkan visi kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar dan Hijau yang lebih sesuai untuk didiami menjelang 2025.
Sumber Cahaya dalam Kegelapan berada di bawah Program Inisiatif Hijau LPHS yang meluas, disokong Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail yang menghadiri majlis pada Ahad lalu di Pangsapuri Salvia di Kota Damansara, kondominium pertama yang menerima pemasangan projek ini di Petaling Jaya.
Majlis berkenaan turut dihadiri wakil LHPS, Nor Hanizan Sahib, Jayanthi Kuppusamy dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahmad Faizan Noordin dari Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Salvia serta wakil Synergy Group dan Odesi.
Rodziah berkata, Selangor berbangga menjadi salah sebuah negeri pertama memacu inisiatif untuk menyaksikan masa hadapan yang lebih hijau dan lebih baik serta menjana penjimatan untuk penduduknya dan pengurusan bangunan berstrata.
"Saya menggesa semua Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan untuk menyertai program ini memandangkan mereka boleh menikmati penjimatan dengan kos pendahuluan sifar. Kami benar-benar berharap dapat dilihat sebagai negeri contoh atas usaha kami dan berharap untuk memperoleh manfaatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jayanthi pula berkata, selain daripada penjimatan yang sudah pun dinikmati daripada program ini, MBPJ menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon yang menawarkan rebat cukai kepada pemilik rumah yang telah melaksanakan inisiatif untuk menjadikan kediaman mereka lebih hijau dan mesra alam sekitar.
"Skim ini berkongsi matlamat sama untuk memastikan Selangor bergelar Smart City yang memiliki emisi rendah karbon menjelang 2025,” katanya.
Dalam pada itu, turut diadakan acara penanaman pokok sebagai simbolik usaha menyelamatkan planet dan menanam kapsul masa yang mengandungi hasrat daripada LPHS, MBPJ, Synergy dan ODESI untuk 10 tahun akan datang.
Synergy Group menawarkan lampu LED yang paling tahan lama dan berpaten dengan jangka hayat selama 10 tahun dan menjimatkan lebih banyak tenaga sehingga 80% berbanding lampu lain di pasaran.
Ia menjanjikan prestasi yang mengurangkan kos penggantian produk dan memaksimumkan penjimatan.
Menerusi tempoh yang dipersetujui, Synergy Group yang bermodalkan RM400 juta melaksanakan program berkenaan dan penjimatan tenaga adalah setara dengan lebih daripada 3,700,000 tan pengurangan emisi CO2 dan mewakili penanaman lebih daripada 100,000,000 pokok bagi tempoh 10 tahun. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Aug 08 2022

Rodziah Ismail memeriksa sistem lampu LED ketika pelancaran program di Pangsapuri Salvia, Kota Damansara. - Foto DagangNews

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Synergy Group laksana pemasangan lampu LED bantu kediaman jimat penggunaan tenaga
Ia menyasarkan 12 majlis perbandaran dan menjangkakan pemasangan lampu LED membabitkan lebih 8,000 bangunan berstrata.