BANGKOK: Misi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di pameran Asia Fruit Logistica 2022 di Bangkok, Thailand dijangka menjana potensi nilai eksport RM6.5 juta.
Tahun ini, tiga syarikat pengeksport telah diketengahkan oleh FAMA iaitu DRS Trading Sdn Bhd, Makatas Marketing Sdn Bhd dan Aqina Fruits Sdn Bhd.
Syarikat berkenaan menyertai Asia Fruit Logistica, pameran khusus bagi sektor buah-buahan yang terbesar di Asia di Queen Sirikit National Convention Centre di sini yang berlangsung dari 2 hingga 4 November.
Buah-buahan dipromosikan adalah durian sejuk beku, nanas segar, belimbing, tembikai, nanas dan produk hiliran berasaskan buah-buahan.
Selain itu, beberapa produk baru turut diperkenalkan pada pameran itu termasuk nanas kering, pati ayam nanas, snek berasaskan nanas dan serbuk durian.
FAMA dalam satu kenyataan berkata usahawan Malaysia dijangka mencatatkan nilai potensi eksport sebanyak RM6.5 juta menerusi permintaan yang baik dari negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Japan, China, Korea dan negara Timur Tengah antaranya Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Lubnan.
"Menerusi maklum balas yang diterima, buah-buahan tropikal Malaysia mendapat permintaan yang memberangsangkan dari pengguna global terutamanya buah-buahan segar seperti nanas, durian dan nangka serta produk hiliran," katanya.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel turut melawat ke gerai-gerai pengeksport Malaysia di Asia Fruit Logistica semalam.
Penyertaan FAMA pada Asia Fruit Logistica itu bertujuan untuk membantu memperluas dan memperkukuhkan pasaran buah-buahan tropika Malaysia di peringkat global.
Promosi seumpama itu telah dilakukan sejak tahun 2004.
Sementara itu, Kaunselor Pertanian Pejabat Penasihat Pertanian Bangkok, Hairuddin Maslan berharap lebih banyak syarikat Malaysia berkelayakan menyertai pameran antarabangsa seperti AsIa Fruit Logistica di Thailand untuk mengembangkan kehadiran pasaran mereka di peringkat global.
"Pameran sebegini akan memberi peluang kepada syarilat-syarikat Malaysia menerokai peluang baharu dan menembusi pasaran yang lebih besar," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi FAMA secara berterusan menyediakan platform kepada komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk meneroka pasaran eksport di seluruh dunia menerusi jabatan dan agensinya.
Saiz pasaran eksport yang terbuka dan luas menawarkan pulangan yang lebih menguntungkan serta sebagai alternatif kepada pasaran domestik yang terhad.
"Walaupun bidang pengeksport mempunyai cabaran dan risiko yang tinggi, namun usahawan Malaysia perlu diperkasakan dan dibimbing untuk berdaya maju diperingkat global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
![Syarikat Malaysia dijangka jana potensi nilai eksport RM6.5 juta di Thailand Syarikat Malaysia dijangka jana potensi nilai eksport RM6.5 juta di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667515447_AsiaFruitLogistica.jpg)
Jojie (tiga, kiri) bergambar bersama wakil dari syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam pameran Asia Fruit Logistica 2022 di Queen Sirikit National Convention Centre, Bangkok, 3 Nov 2022. --fotoBERNAMA
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Syarikat Malaysia dijangka jana potensi nilai eksport RM6.5 juta di Thailand Syarikat Malaysia dijangka jana potensi nilai eksport RM6.5 juta di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667515447_AsiaFruitLogistica.jpg)
Syarikat Malaysia dijangka jana potensi nilai eksport RM6.5 juta di Thailand
Tahun ini, tiga syarikat pengeksport diketengahkan FAMA iaitu DRS Trading Sdn Bhd, Makatas Marketing Sdn Bhd dan Aqina Fruits Sdn Bhd.