Pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 daripada Proton dan SUV Perodua yang bakal diperkenalkan, akan melonjakkan bahagian pasaran bagi segmen SUV Malaysia pada tahun hadapan, kata seorang penganalisis.
Penganalisis automotif dan editor portal berita automotif Funtasticko.net, Shamsul Yunos berkata model-model ini akan meningkatkan jualan SUV di negara ini yang masih tertinggal di belakang angka purata global.
"Segmen SUV Malaysia menguasai hanya kira-kira 15 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) berbanding dengan purata global sebanyak 30 peratus. Ia memuncak sehingga 40 peratus dalam beberapa pasaran tertentu.
"Pengilang-pengilang Malaysia dan beberapa jenama lain mula menyedari potensi pertumbuhan di sini dan akan memperkenalkan atau telah memasarkan produk SUV terbaharu bagi memenuhi permintaan pasaran," katanya.
Tahun 2019 juga bakal menyaksikan segmen itu mencatatkan pertumbuhan yang paling rancak.
Shamsul juga yakin bahawa SUV Perodua mahupun Proton akan membuka pasaran baharu untuk SUV tanpa perlu 'mengorbankan' jualan kereta sedan mereka.
Seorang penganalisis lain berkata SUV Perodua yang bakal diperkenalkan akan mendapat tumpuan utama kerana jajaran harganya akan lebih rendah berbanding Toyota Rush dan X70.
"Proton X70 masih dalam bentuk kenderaan diimport sepenuhnya dan terhad kepada jumlah tertentu (import), harganya juga masih tinggi walaupun teknologinya agak canggih," katanya.
Bagaimanapun, MIDF Amanah Investment Bank, dalam satu nota penyelidikan, berkata tawaran dan harga X70 yang agak menarik dijangka akan membantu model berkenaan menjejaskan penguasaan pasaran Honda HR-V dan tidak mustahil, Mazda CX3.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Datuk Rashid Musa berkata, setakat ini, X70 telah menerima sebanyak lebih daripada 15,000 tempahan membabitkan kelas Premium, varian spesifikasi terbaik dengan pacuan roda hadapan, ia merupakan jenis yang paling laku dan menyumbang sehingga 60 peratus dalam jualan X70.
Menurut sumber-sumber industri, SUV Perodua diramalkan akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.
Bagi 2019, penganalisis tersebut menjangkakan TIV akan kekal pada kira-kira 590,000 unit, disokong oleh beberapa pelancaran merangkumi model Toyota Vios dengan reka bentuk terbaharu, Toyota Yaris Hatchback serta model-model terkini daripada Honda, Mazda dan Nissan.
MIDF berkata Proton juga dijadualkan untuk memperkenalkan versi pemasangan tempatan (CKD) model X70 pada 2019.
Menurut Shamsul lagi, industri automotif negara juga akan mengekalkan bilangan pelancaran antara 40 dan 60 model baharu atau berwajah baharu pada tahun hadapan.
"Kita biasanya menerima pelancaran antara 40 dan 60 model baharu atau model naik taraf dalam setahun. Tidak ada sebab mengapa angka itu akan menyusut pada tahun hadapan," katanya.
Shamsul berkata walaupun tanpa pensifaran cukai seperti yang dinikmati pada 2018, industri ini akan terus berkembang selagi pasaran dirangsangkan oleh harga yang kompetitif dan perlancaran model-model baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 27 2018

Pelancaran X70 daripada Proton dan SUV Perodua yang bakal diperkenalkan dijangka melonjakkan bahagian pasaran bagi segmen SUV Malaysia tahun hadapan.
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.
Dakwaan salah laku: IPD Serdang jalankan siasatan dalaman
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan berkata, ini bagi memastikan sama ada berlaku salah laku atau pelanggaran garis panduan ketika mengadakan sekatan jalan raya.
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes ugutan di Facebook
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar mesej berbentuk ugutan kepada seorang individu menerusi pesanan di Facebook, pada Sabtu.
Cubaan seludup syabu lebih RM700,000 gagal, lima ditahan
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata kesemua suspek ditahan berhampiran Pantai Teluk Bayu, dekat Sungai Batu, ketika cuba melarikan diri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Mac 2025.

Jualan Proton naik 40.9 peratus pada Mei
Jualan pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd dalam pasaran domestik dan eksportnya meningkat sebanyak 40.9 peratus pada Mei 2023 kepada 13,268 unit bulan ke bulan.

Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar SUV
Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.

Wanita maut, ibu bapa cedera kenderaan terhumban dari jambatan di Lebuhraya PLUS
Mangsa, V.K Yuvabarathi, 24, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Kanak-kanak maut dilanggar SUV ketika sedang berbasikal depan rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pad

Pejalan kaki maut dirempuh SUV
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa disyaki melintas secara mengejut dari baju jalan kanan ke kiri.

Volkswagen lancar dua model kenderaan SUV elektrik di China
Pelancaran kedua-dua model itu merupakan langkah signifikan bagi Volkwagen dalam menghasilkan kenderaan elektrik di pasaran China selain Tesla dan Nio Inc.

Proton X50 terima sambutan menggalakkan
Proton X50 yang begitu dinanti-nantikan menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan sejak previu awalnya di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Dua maut, SUV terbalik di LPT
Dua lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mereka naiki terbalik di Kilometer 196.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini.

Buruh Myanmar maut dalam kemalangan, pemandu Malaysia ditahan
Seorang warga Myanmar maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu warga Malaysia di Jalan Hatyai-Songkhla malam tadi.

SUV Proton, Perodua bakal pacu jualan di Malaysia
Model-model ini akan meningkatkan jualan SUV di negara ini yang masih tertinggal di belakang angka purata global.