Malaysia perlu merebut peluang yang terhasil daripada ekonomi kukuh serta persekitaran global yang positif untuk meletakkannya di laluan pertumbuhan ekonomi lebih produktif, canggih dan mampan menerusi pembaharuan struktur berani pasaran buruh, pelaburan serta bahagian pertumbuhan baharu.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata laluan yang sedemikian bukan baharu bagi Malaysia kerana ia adalah faktor yang meletakkan ekonomi negara menjadi sebuah ekonomi yang sangat terbuka, pelbagai serta memiliki kepelbagaian sumber pertumbuhan.
"(Justeru itu), sudah sampai masanya untuk memulakan dasar jangka panjang yang akan meningkatkan lagi daya saing kita dan memastikan ekonomi kita seimbang untuk mencapai pertumbuhan mampan," katanya pada taklimat bersama para Editor Kanan pada Selasa sempena pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 BNM pada Rabu.
Muhammad berkata persekitaran ekonomi yang positif ketika ini akan menyediakan ruang dasar yang besar kepada penggubal dasar untuk meneruskan pembaharuan yang perlu, sambil menambah pasaran buruh, antara lainnya, memerlukan perhatian segera.
"Untuk mengelak daripada terperangkap dalam perangkap pendapatan rendah, produktiviti rendah dan kos rendah, Malaysia perlu melakukan pembaharuan dalam pasaran buruh dengan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi, terutamanya bagi generasi baharu yang mencari kerja.
"Jika kita kekal seperti kita sekarang, anak-anak kita tidak akan mempunyai pekerjaan yang cukup baik dan saya tidak rasa anak-anak kita akan menjadi lebih baik daripada kita. Malahan sekarang, saya tidak pasti jika anak-anak kita hidup lebih baik berbanding kita," katanya.
Gabenor BNM berkata faktor utama lain adalah untuk menarik pelaburan berkualiti yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan meneroka bidang pertumbuhan baharu dan aktiviti baharu seperti perkongsian ekonomi, ekonomi digital dan proses pembuatan lebih canggih.
Menurut laporan BNM itu, peralihan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju akan terhalang selagi firma masih berlumba-lumba untuk mengurangkan kos pekerja dan tidak sanggup membayar lebih walaupun produktiviti boleh ditingkatkan sekiranya terdapat perubahan.
"Penggajian pekerja asing yang lebih murah berbanding dengan pekerja tempatan membolehkan majikan mengekalkan upah yang rendah dan dengan itu majikan tiada tekanan untuk mengubah staus quo. Hal ini mengganggu mekanisme penetapan upah semula jadi yang sepatutnya boleh menaikkan upah," kata bank pusat.
Kajian menunjukkan beberapa jenis tekanan pada upah keseluruhan, khususnya terhadap upah pekerja tempatan berkemahiran rendah.
Upah median bagi pekerja asing pada umumnya lebih rendah daripada pekerja tempatan, terutamanya bagi pekerjaan berkemahiran sederhana yang 60.8 peratus daripadanya dikuasai oleh pekerja tempatan.
"Tidak mustahil dengan kehadiran pekerja asing yang terlalu ramai dalam sektor swasta dapat melebarkan jurang perbezaan upah dan menghalang peluang pewujudan pekerjaan untuk pekerja tempatan," kata laporan BNM itu.
Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas dalam ekonomi-ekonomi Majlis Kerjasama Teluk yang mana 88 peratus daripada pekerjaan sektor swasta yang diwujudkan dari tahun 2000-2010 terdiri daripada pekerja asing, dan 85 peratus daripada mereka berkemahiran rendah.
"Walaupun pengambilan lebih banyak pekerja asing yang berkemahiran rendah mewujudkan pekerjaan berkemahiran sederhana dan berbentuk penyeliaan, kesesuaian kaedah ini boleh dipertikaikan.
"Automasi dan penggunaan teknologi canggih juga boleh mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran lebih tinggi. Keadaan ini biasanya disertai upah yang lebih baik dan boleh diisi oleh graduan menganggur yang dilatih semula," kata laporan itu sambil menambah pada masa hadapan banyak lagi daya usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai kemajuan yang dikehendaki.
Matlamat akhir adalah untuk memastikan sistem pengurusan pekerja asing masa hadapan disampaikan dengan jelas, dilaksanakan dengan tegas, dan lebih sejajar dengan matlamat ekonomi Malaysia yang perlu dicapai.
Laporan itu menggariskan lima perkara utama yang perlu dilakukan, iaitu perlu ada pendirian jelas mengenai peranan pekerja asing, pelaksanaan dan perubahan dasar perlu dilakukan beransur-ansur dan dimaklumkan kepada industri dengan jelas, instrumen pengurusan permintaan yang didorong oleh kuasa pasaran, layanan adil kepada pekerja asing dan pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan.
Bagi pelaburan, BNM menyatakan mungkin juga terdapat ketidakpadanan antara pelaburan yang diterima dengan bidang pertumbuhan baharu yang sepatutnya dipupuk oleh negara.
"Misalnya, terdapat bukti baharu tentang peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor yang kurang produktif seperti pembangunan hartana tanah dan pembinaan, terutamanya dalam segmen yang dikenal pasti sebagai sektor yang menghadapi ketidakseimbangan.
"FDI dalam sektor harta tanah dan pembinaan telah meningkat dari segi bahagian, daripada purata 6.3 peratus daripada aliran FDI tahunan pada 2010-2015, kepada 19.1 peratus pada 2016 dan 2017," kata bank pusat.
Perbincangan dan interaksi dengan wakil industri menunjukkan bahawa pelaburan ini disalurkan terutamanya dalam segmen harta tanah bernilai lebih tinggi.
"Ketirisan lain termasuk limpahan dalam negeri yang rendah kerana kadar penghantaran balik pendapatan yang tinggi oleh syarikat-syarikat asing dan kiriman wang yang tinggi daripada pekerja asing , kedua-duanya merupakan faktor struktur yang menjejaskan imbangan akaun semasa Malaysia," kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018

MUHAMMAD IBRAHIM: (Justeru itu), sudah sampai masanya untuk memulakan dasar jangka panjang yang akan meningkatkan lagi daya saing kita dan memastikan ekonomi kita seimbang untuk mencapai pertumbuhan mampan. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.