Di luar negara, penggunaan laman web e-commerce lebih popular daripada berniaga atau menjual barang di laman media sosial yang digunakan secara meluas di Malaysia.

Bagi yang ingin mengembangkan perniagaan mereka di media sosial, SME Bank memperkenalkan Online Business Financing (OBF).

Pinjaman sehingga RM500,000 disediakan kepada usahawan yang mempunyai jenama atau platform atas talian sendiri.

Ia boleh digunakan untuk pengiklanan dan juga membeli peralatan yang diperlukan mengembangkan perniagaan mereka.

Antara syarat yang untuk memohon pinjaman OBF ialah mempunyai laman media sosial yang aktif selama setahun atau platform atas talian yang dibina sendiri.

Selain itu, mereka yang mempunyai kedai atas talian seperti di Ebay dan Mudah.my juga layak untuk memohon OBF.