KUALA LUMPUR: SIRIM Bhd kini melebarkan sayapnya ke China menerusi penubuhan Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co Ltd, syarikat usaha sama yang menawarkan perkhidmatan pensijilan.
Pengerusi SIRIM Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali berkata syarikat di wilayah Hunan itu akan memulakan operasi pada Januari depan dengan menyediakan perkhidmatan pensijilan, khususnya standard IATF 16949, aktiviti pemeriksaan serta latihan.
"Menerusi syarikat usaha sama ini, SIRIM QAS International kini bertapak di China, terutama dalam sektor pembuatan automotif negara itu yang juga sektor terbesar dunia dengan menyumbang pengeluaran sebanyak 21 juta kereta penumpang pada 2021 selain memiliki lebih separuh daripada lokasi diperakui IATF di dunia," katanya pada Majlis SIRIM Industri (MSI) 2022 di sini, hari ini.
Acara itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil.
Standard IATF 16949 merujuk standard antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti automotif yang dibangunkan oleh Pasukan Petugas Automotif Antarabangsa (IATF), SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad dan satu-satunya badan pensijilan di Asia Tenggara yang diiktiraf oleh IAFT.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata nilai pelaburan syarikat usaha sama di China itu adalah kira-kira RM1 juta yang disasarkan dapat menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit pada tahun-tahun mendatang susulan perkembangan pesat industri tersebut.
"Pensijilan di bawah kerjasama ini adalah bagi memastikan produk-produk yang mempunyai sijil berkaitan ke pasaran antarabangssa dan tidak hanya terhad di Malaysia," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata memandangkan China sedang melaksanakan sekatan pergerakan pada masa ini, kerja-kerja berkaitan pensijilan terbabit akan dijalankan secara jarak jauh dan akan diperluaskan selepas sekatan tersebut dilonggarkan yang dijangkakan selepas sambutan Tahun Baru Cina, tahun depan.
Mengulas MSI 2022, Ahmad Sabirin berkata acara bertemakan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) itu merupakan program tahunan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara SIRIM, industri dan agensi kerajaan serta membantu kerajaan menjadikan ESG sebagai agenda utama.
"Kami juga bekerjasama dengan MITI untuk menghasilkan pensijilan baharu yang menggabungkan ketiga-tiga elemen ESG sebagai satu pensijilan. Malaysia mahu menerajui (usaha ini) untuk memulakan perjalanan berkaitan," katanya.
Selain itu, Ahmad Tajuddin berkata biarpun terdapat pihak yang mungkin tidak berminat menggunapakai ESG akibat faktor salah tanggapan dan kos tinggi, organisasi sebaliknya perlu menyedari bahawa usaha bagi menjamin masa depan bukan sesuatu yang boleh diukur dengan wang.
"Saya berharap organisasi di Malaysia akan berurusan dengan SIRIM dan anak syarikat kami serta mengikuti pelbagai program serta pensijilan sebagai bukti mereka celik ESG," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Bahria (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat ketika Majlis Pelancaran Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co.Ltd. (SIRIM Huasheng), malam tadi. - Bernama
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sirim lantik Khairol Anuar sebagai pengerusi baharu
Pelantikan dibuat bagi menggantikan Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Pusat Inovasi Peranti Perubatan bakal pacu budaya inovasi syarikat tempatan
Pusat inovasi ini ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan industri dalam meneroka inovasi baharu dalam produk peranti perubatan mengikut keperluan pasaran semasa dan akan datang.

Waspada alat pengimbas suhu lebih murah dari harga pasaran - Rosol
Peniaga diingatkan agar berwaspada jika membeli alat pengimbas suhu digital yang lebih murah daripada harga pasaran kerana dikhuatiri tidak berkualiti.

Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan
Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.

Alat jimat tenaga tanpa kelulusan Sirim bahaya
Ismail Lathifi Teh berkata kebanyakan alat penjimatan tenaga elektrik yang tiada kelulusan Sirim ini berkualiti rendah.

Keputusan mengenai kajian peranti, perisa cecair vape diumum tidak lama lagi
Ketika ini Malaysia tidak mempunyai standard yang boleh diguna pakai terhadap penggunaan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik.