KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada 1.92 bilion yuan (kira-kira RM1.27 bilion).
Anak syarikat milik penuh tidak langsung kumpulan, Sime Darby Overseas (HK) Ltd (SDOHK) telah menandatangani perjanjian untuk menjual kepentingannya dalam lapan entiti kepada SPG Bohaiwan Port Group Co Ltd, yang merupakan sebahagian daripada Shandong Port Group Co.
Shandong Port Group Co merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan wilayah Shandong untuk menyatukan aset pelabuhan di wilayah tersebut.
Syarikat-syarikat yang dijual itu menyediakan pelbagai perkhidmatan pelabuhan seperti memuatkan dan memunggah kontena, pukal kering, pukal berasingan, kargo am dan cecair serta perkhidmatan penyimpanan untuk pelanggan pelabuhan.
Dalam kenyataan pada Isnin, Sime Darby menjelaskan selain pertimbangan penjualan, SDOHK akan menerima jumlah indikatif 541 juta yuan (kira-kira RM357 juta) sebagai pembayaran balik pinjaman pemegang saham.
"Hasil penjualan syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang oleh Sime Darby akan digunakan untuk pelaburan masa depan perniagaan teras kumpulan dalam sektor perindustrian dan automotif di samping sebagai perbelanjaan modal dan/atau pembayaran balik pinjaman jangka pendek," menurutnya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sime Darby secara beransur-ansur menjual aset yang telah dikenal pasti sebagai bukan teras, sebagai sebahagian daripada usaha kumpulan menyelaraskan portfolio dan menggunakan semula modal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan teras dalam bidang perindustrian dan automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata China kekal sebagai antara pasaran penting Sime Darby dan ia menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kumpulan.
Beliau berkata perniagaan perindustrian dan automotif kumpulan di negara itu meliputi 120 lokasi dan 14 wilayah.
Pihaknya berharap dapat menyalurkan hasil yang diterima daripada penjualan ini untuk meluaskan dan mengukuhkan kedudukan SIme Darby dalam sektor perindustrian dan automotif di China selain terus meneroka peluang dalam pasaran lain, katanya.
"Tempoh beberapa tahun lepas amat mencabar bagi sektor pelabuhan, dan kami terhutang budi kepada kerajaan wilayah Shandong kerana menyempurnakan penjualan ini, lantas membolehkan kami menyalurkan hasil yang diraih untuk mengembangkan perniagaan teras kami," katanya.
Perjanjian penjualan saham itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata China kekal sebagai antara pasaran penting Sime Darby dan ia menyumbang hampir 40 peratus kepada perolehan kumpulan. - Foto Sime Darby
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Pusat Data Google: Sime Darby Property pemaju tunggal pertama di Malaysia laksana pajakan bina ikut kesesuaian
Pengaturan pajakan unik ini menandakan yang pertama dan satu-satunya yang seumpamanya setakat ini oleh pemaju di Malaysia.
Isu tular Taman Kucing Klang, MBDK nafi abai, aniaya kucing
MBDK menafikan sebarang penindasan, pengabaian dan penganiayaan di Taman Kucing Klang seperti tular di media sosial.
Semakan gaji perkhidmatan awam menguntungkan sektor auto
Semakan gaji perkhidmatan awam akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli.
Sime Darby perluaskan kilang pemasangan Porsche di Kulim
Kilang pemasangan Porsche terletak di Inokom, Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.86 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.96 daripada paras penutup 1,629.82. pada Isnin.
Penggunaan EV semakin meningkat, Sime Darby bakal terima manfaat utama
Konglomerat itu mempunyai barisan komprehensif EV hibrid merentasi spektrum jenama, daripada segmen premium dan peringkat pertengahan.
Sime Darby Property cadang buat penyusunan semula dalaman
Selepas selesai cadangan penyusunan semula di peringkat dalaman ini, SDP akan hanya beroperasi sebagai syarikat pegangan pelaburan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.60 mata kepada 1,549.64 daripada 1,553.24 pada Khamis.
Pemaju waspada kenaikan kos susulan prestasi semasa ringgit - Sime Darby Property
Setiap satu peratus susut nilai ringgit akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu "kejituan".