KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) untuk mendapatkan injunksi ad interim terhadap Bursa Malaysia dan firma audit Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) bagi menghalang mereka daripada mengeluarkan laporan berhubung dapatan mengenai syarikat itu.
SDHB, yang merupakan penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu, memfailkan saman pemula dan permohonan injunksi pada 3 dan 5 Nov lepas dengan menamakan Bursa Malaysia dan EY sebagai defendan.
Peguam Mohamed Izzul Faris, yang mewakili SDHB, berkata Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membenarkan permohonan plaintif untuk menangguhkan pendengaran saman pemula serta injunksi untuk membolehkan syarikat itu memfailkan afidavit balasan kepada afidavit jawapan yang difailkan Bursa Malaysia dan EY.
“Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan injunksi ad interim yang kami pohon. Mahkamah mengarahkan plaintif membalas afidavit dalam tempoh seminggu bermula hari ini dan menetapkan 8 Dis ini untuk pendengaran bagi kedua-dua permohonan tersebut (saman pemula dan injunksi),” katanya ketika dihubungi pemberita semalam selepas prosiding kes secara dalam talian yang turut disertai peguam Datuk Loh Siew Cheang bagi pihak Bursa Malaysia dan Gopal Sreenevasan bagi pihak EY.
Injunksi ad interim berfungsi untuk melindungi sementara plaintif yang memfailkan tuntutan dengan mengekalkan status quo sementara menunggu pendengaran injunksi interim.
Berdasarkan dokumen saman pemula, SDHB memohon deklarasi bahawa arahan yang diberikan oleh defendan (Bursa Malaysia) bertarikh 28 Jun dan 2 Julai 2021 kepada syarikat itu untuk melantik Ernst Young Consulting Sdn Bhd sebagai juruaudit khas bagi menjalankan ‘Kajian Semula Khas yang Bebas’ (SIR) mengikut perenggan 2.23 dan 2.24 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) adalah melebihi bidang kuasanya, batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan.
BACA: Serba Dinamik failkan saman terhadap Ernst & Young
BACA: Selepas Serba Dinamik, dagangan SCIB pula digantung Bursa Malaysia
BACA: Serba Dinamik fail saman pemula terhadap Bursa Malaysia
Plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Bursa Saham, wakil serta ejennya daripada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat itu atau anak syarikat SDHB untuk menjalankan sebarang kajian semula dan membuat sebarang pengumuman atau menerbitkan, mengedar atau menyediakan kepada sesiapa ‘Kemas Kini Penemuan Fakta’ yang disediakan oleh Ernst & Young.
Selain itu, SDHB memohon ganti rugi dan kos daripada Bursa Saham.
SDHB juga memfailkan saman pemula terhadap EY dengan memohon relief dan deklarasi bahawa EY Consulting bukan ‘juruaudit’ dalam definisi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) serta deklarasi EY Consulting telah mengelirukan SDHB bahawa mereka boleh dilantik mengikut perenggan 2.23 dan 2.24 MMLR.
SDHB juga memohon perintah injunksi interim terhadap EY Consulting sementara menunggu keputusan saman pemula untuk menghalangnya daripada mendedah atau menyebarkan apa-apa penemuan, laporan, memorandum serta pendapat mengenai SDHB dan kumpulan syarikatnya sama ada secara keseluruhan atau sebahagian kepada sesiapa dalam apa-apa format sama ada cetakan, elektronik atau melalui mana-mana media atau forum.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021

Serba Dinamik memfailkan saman pemula dan permohonan injunksi pada 3 dan 5 Nov lepas dengan menamakan Bursa Malaysia dan EY sebagai defendan.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Serba Dinamik Holdings gagal peroleh injunksi ad interim
Mahkamah mengarahkan plaintif membalas afidavit dalam tempoh seminggu bermula hari ini dan menetapkan 8 Dis ini untuk pendengaran.