Sektor swasta dijangka melabur kira-kira RM2.4 bilion di Labuan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas dalam tempoh beberapa tahun akan datang, yang bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan di pulau tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam ucapan beliau semasa merasmikan Ekspo Minyak dan Gas Asean 2012, di Labuan Selasa, ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan untuk merancakkan ekonomi Labuan.

Muhyiddin berkata di bawah ETP, Pelan Induk Minyak dan Gas Labuan akan diusahakan bersama oleh Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC), Perbadanan Labuan dan peserta industri.

"Saya difahamkan bahawa selepas cadangan pelan induk itu, Asian Supply Base merancang membangunkan jeti baharu bernilai RM250 juta sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaannya.

"Kerajaan juga menyambut baik rancangan Labuan Shipyard and Engineering untuk mengembangkan kemudahan yang memerlukan pelaburan berjumlah RM263 juta yang bakal menyediakan lebih banyak lagi peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

"Keseluruhannya, kami mengunjurkan sektor swasta akan melabur kira-kira RM2.4 bilion di Labuan sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Muhyidin.

Beliau juga menegaskan tentang kepentingan sumbangan sektor minyak, gas dan tenaga (OGE) kepada keluaran dalam negara kasar negara (KDNK).

Bagi tempoh hanya separuh pertama tahun ini, sektor OGE menyumbang kira-kira 18.4 peratus atau RM82.8 bilion kepada KDNK negara, kata Timbalan Perdana Menteri.

Memandangkan peningkatan permintaan tenaga global dan pertumbuhan ekonomi, sumbangan daripada industri minyak dan gas (tidak termasuk tenaga), dijangka mencecah RM81.9 bilion atau 11.1 peratus daripada KDNK diperbesar Malaysia pada 2015.

"Aktiviti huluan dijangka menyumbang RM43.0 bilion atau 5.8 peratus kepada KDNK pada 2015 dan aktiviti hiliran, RM39.8 bilion atau 5.3 peratus," kata beliau.

Menurut Muhyiddin, industri minyak dan gas telah dikenal pasti sebagai satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk membantu transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Sehubungan ini, beliau berkata Sabah telah menunjukkan potensi kukuh dalam perniagaan minyak dan gas huluan laut dalam.

Menyebut contoh lapangan laut dalam Kikeh, beliau berkata pembangunan luar pantai laut dalam pertama negara itu telah memulakan operasi pada 2008, dan sejak itu penemuan laut dalam di lapangan Gumusut/Kakap, Malikai, Jangas, Ubah Crest, Pisangan dan Kamunsu di luar pantai Sabah, sedang dibangunkan ketika ini.

Mengenai peluang pertengahan dan hiliran, Muhyiddin berkata penggunaan petroleum di Asia dijangka berkembang sekurang-kurangnya tambahan 1.8 juta setong sehari menjelang 2020.

"Peningkatan hidrokarbon ini akan memerlukan kapasiti penyimpanan tambahan pada masa ketika hab dagangan sedia ada, Singapura, hampir sampai ke tahap penggunaan penuh dan berdepan kekangan pengembangan," kata beliau.

Muhyiddin berkata dengan pelabuhan Johor terletak di laluan perkapalan utama, kemudahan marin laut dalam, kedekatan dengan Singapura dan ruang yang besar, Malaysia berpeluang baik untuk memanfaatkan pasaran logistik pertengahan serantau dan penyimpanan produk minyak.

Beliau berkata Tanjung Bin dan Tanjung Langsat telahpun menarik beberapa syarikat dagangan petroleum global seperti Vitol, Trafigura, Royal Vopak, MISC dan Dialog untuk menjalankan perniagaan penyimpanan dan dagangan dari Johor.

Menurut beliau Johor bakal melengkapkan Singapura dan mencontohi hab minyak dan gas pertengahan yang sama seperti Amsterdam-Rotterdam-Antwerp.

"Pelaburan sektor swasta ini adalah tambahan kepada cadangan Pembangunan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) bernilai RM60 bilion di Pengerang, Johor.

"Secara kolektif, pembangunan ini dijangka menjadi perangsang utama dalam mengubah Selatan Johor menjadi hab minyak, gas dan petrokimia pertengahan hingga hiliran yang baharu di Malaysia," katanya., yang bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan di pulau tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Secara kolektif, pembangunan ini dijangka menjadi perangsang utama dalam mengubah Selatan Johor menjadi hab minyak, gas dan petrokimia pertengahan hingga hiliran yang baharu di Malaysia," katanya.