PUTRAJAYA: Sektor peranti perubatan diunjur menyumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara pada tahun ini, disokong oleh peningkatan pelaburan domestik dan asing dalam sektor tersebut.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Dr P. Muralitharan berkata sektor itu menyumbang RM15.1 bilion tahun lepas yang merangkumi pelaburan asing dan domestik serta pengembangan perniagaan dan pemerolehan peralatan berkaitan.
"Kita dapati ada beberapa negara luar berhasrat untuk melabur dan memulakan operasi di Malaysia seperti Republik Czech dan China.
"Jadi unjuran kita dijangka dapat mencecah hampir RM20 bilion pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran Pameran dan Persidangan Teknologi Perubatan Antarabangsa Asia (Asian Medtec) oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di sini, semalam.
Muralitharan berkata bahagian pasaran Malaysia dalam segmen teknologi perubatan dan peranti perubatan berjumlah kira-kira lapan hingga 10 peratus daripada pasaran global yang bernilai EUR536 billion (EUR1=RM5.13) pada 2021.
"Kami menyasar untuk meningkatkan bahagian pasaran kepada kira-kira 10 hingga 15 peratus dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata, Asian Medtec memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab utama bagi pembangunan teknologi perubatan di Asia.
Terdahulu, Dr Dzulkefly dalam ucapannya berkata kerajaan telah menyenaraikan sektor peranti perubatan sebagai salah satu sektor utama dalam Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan 2030 bersama-sama sektor utama yang lain.
"Ini merupakan kali pertama sektor ini diiktiraf di peringkat nasional sebagai salah satu sektor penyumbang ekonomi untuk merancakkan ekonomi negara," katanya sambil menambah sektor itu telah mewujudkan kira-kira 80,000 pekerjaan sejak 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
![Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707989532_TBDRMURALITHARAN.jpg)
Muralittharan bercakap kepada media pada majlis prapelancaran Pameran dan Persidangan Teknologi Perubatan Antarabangsa Asia di sebuah hotel di Putrajaya, 15 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707989532_TBDRMURALITHARAN.jpg)
Sektor peranti perubatan diunjur sumbang RM20 bilion kepada ekonomi negara tahun ini
Sektor peranti perubatan menyumbang RM15.1 bilion tahun lepas yang termasuk pelaburan asing dan domestik serta pengembangan perniagaan.
![Bajet 2023: Kementerian Kewangan komited terus sokong sektor peranti perubatan Bajet 2023: Kementerian Kewangan komited terus sokong sektor peranti perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650719201_HSBC.jpg)
Bajet 2023: Kementerian Kewangan komited terus sokong sektor peranti perubatan
Kementerian Kewangan komited untuk terus menyokong sektor peranti perubatan sebagai antara sektor pertumbuhan utama menerusi pembentangan Bajet 2023 pada 7 Okt ini.