KUALA LUMPUR: Sektor mekanikal dan elektrik sedang mengalami tekanan yang akan mengakibatkan perniagaan tidak lagi dapat bertahan berikutan segmen berkaitan pembuatan, rantaian bekalan serta penyelenggaraan tidak dibenarkan beroperasi, menurut Majlis Persatuan Mekanikal dan Elektrik Malaysia (MCMEA).
Pengerusi, Michelle Hah berkata walaupun sebahagian ahli persatuan tergolong dalam kumpulan perkhidmatan penting dan sokongan kritikal namun mereka tidak memperoleh kelulusan untuk beroperasi sejak 1 Jun.
Beliau berkata, ahli ini membekalkan peralatan dan komponen persisian penggantian elektrik kepada industri penting untuk kesinambungan bekalan elektrik kepada semua industri, kilang, pembetungan dan loji rawatan air serta bangunan penting seperti hospital.
Walaupun ahli perkhidmatan mekanikal dan elektrik (merangkumi kontraktor, jurutera perkhidmatan, penyepadu, petugas penyelenggaraan dan pekerja kompeten) di bawah MCMEA diminta untuk menjalankan kerja-kerja keselamatan dan penyelenggaran penting namun banyak yang telah ditolak oleh Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) 3.0, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata disebabkan kerja-kerja keselamatan dan penyelenggaraan tidak dapat dilakukan, banyak kilang, kemudahan dan bangunan penting akan mengalami kegagalan elektrik, penggera salah dan kerosakan.
"Ini akan menjejaskan antaranya pusat data, penyimpanan makanan, unit rawatan rapi di hospital dan sistem pengudaraan di pusat pemberian vaksin," katanya.
Hah berkata perniagaan ahli terjejas teruk berikutan sekatan pergerakan yang berterusan, mengalami kerugian serius dan kekangan aliran tunai, yang boleh menyebabkan tujuh juta pekerja kehilangan pekerjaan.
"Kami menjangkakan kadar pengangguran meningkat untuk mencatatkan lebih satu juta pada Ogos," katanya.
Persatuan ini menggesa kerajaan mempercepat dan mengutamakan pemberian vaksin kepada pekerja dalam industri itu selain membenarkan perniagaan kembali beroperasi, sekali gus membantu mengurangkan kadar pengangguran dan pemulihan ekonomi negara.
"Vaksinasi merupakan jalan untuk menyelamatkan nyawa dan pendapatan kerana kita harus hidup dengan virus ini dalam masyarakat," katanya.
MCMEA merupakan gabungan enam persatuan yang merangkumi lebih 3,000 syarikat ahli dengan lebih 100,000 pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Perkhidmatan yang dimaksudkan merangkumi pembekalan peralatan dan komponen penggantian elektrik untuk kesinambungan bekalan elektrik kepada semua industri termasuk kilang, pembetungan dan loji rawatan air. - Gambar hiasan/Bernama
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Sektor mekanikal, elektrik alami tekanan, mungkin tidak dapat lagi bertahan - MCMEA
Walaupun sebahagian ahli persatuan tergolong dalam kumpulan perkhidmatan penting dan sokongan kritikal, namun mereka tidak memperoleh kelulusan untuk beroperasi sejak 1 Jun.
Pendapatan dari RM200,000 sebulan ke RM42,000 sebulan akibat kesan COVID-19
COVID-19 membawa pelbagai cerita, baik suka mahupun duka namun dalam dunia perniagaan, lazimnya ia tidak dapat lari dari kisah menanggung kerugian dan hilang sebahagian besar pendapatan.
Laporan penemuan MH370 tidak berasas - Azharuddin
Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan.
Saksi Mata: Dunia elektrikal dan mekanikal Zulfahmi
Saksi Mata minggu ini kembali dengan kisah hidup Zulfahmi yang telah lama berkecimpung di dalam dunia mekanikal dan elektrikal.