Daripada surat kini mengendali penghantaran barangan dalam talian, ledakan arus teknologi telah menjadikan Pos Malaysia Berhad antara pemain utama pasaran pengendalian bagi sektor e-Dagang negara.
Ia sekali gus membuka satu pasaran baharu bagi Pos Malaysia untuk terus berkembang maju setanding syarikat-syarikat kurier lain.
Sektor e-Dagang Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 47 peratus sejak 2015 dan nilainya kini mencecah RM 9.85 bilion.
Seiring dengan perkembangan ini, proses transformasi Pusat Parcel Bersepadu (IPC) Pusat Mel Nasional di sini bakal meningkatkan kapasiti pemprosesan bungkusan pelanggan sehingga 300,000 sehari.
Pada masa ini, IPC memproses secara purata 150,000 bungkusan sehari atau sekitar 60 peratus daripada jumlah keseluruhan bungkusan yang diurus di seluruh negara.
“Kesan daripada pertambahan e-Dagang, contoh yang terdekat kita tengok pada 11 November lalu yang mana kita menerima lambakan barang daripada peniaga seluruh negara.
"Ini menyebabkan sampai pada satu masa itu, kita terpaksa memproses sebanyak 200,000 barang sehari dan itu begitu agak mencabar.
"Walau bagaimanapun, kita sebagai entiti yang menyalurkan barang tersebut kepada rakyat, kita harus menyahut walau apa pun cabaran yang sampai," kata Ketua IPC Pusat Mel Nasional Syed Zulnurin Syed Loed.
Selain perluasan kawasan operasi pengurusan bungkusan, mesin baharu turut ditambah bagi memudahkan proses pengasingan bungkusan pelanggan.
Peningkatan operasi IPC ini bermakna ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak muda yang berminat mempunyai kerjaya bersama Pos Malaysia.
"Betul, sebab mesin memerlukan pekerja terutama di proses-proses tertentulah kerana kita masih lagi menggunakan proses manual antara mesin ke trak sebab kita perlu pindahkan daripada mesin ke trak dan masih memerlukan tenaga pekerja, so kita jangkakan pertambahan antara 150 orang hingga 200 orang," tambah Syed Zulnurin.
Dianggarkan sekitar 5,000 hingga 6,000 syarikat e-Dagang menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk menghantar bungkusan kepada pelanggan.
Kata Syed Zulnurin lagi, berbanding dengan pencapaian pada tahun lepas, tahun ni kita (Pos Malaysia) punya peningkatan agak ketara sebanyak 30-40 peratus. Oleh itu pihak pengurusan telah bersetuju untuk memperluas kawasan-kawasan kita dan dijangkakan kita akan siap perkembangan tempat baharu pada bulan Ogos tahun hadapan.
Peningkatan operasi IPC membolehkan Pos Malaysia kekal menjadi pemain utama di dalam pasaran pengendalian penghantaran yang dianggar bernilai RM600 juta tahun ini.
Astro Awani
Sat Dec 02 2017
Pada masa ini, IPC memproses secara purata 150,000 bungkusan sehari atau sekitar 60 peratus daripada jumlah keseluruhan bungkusan yang diurus di seluruh negara.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).