Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk terus meningkatkan lagi daya saing Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, disokong oleh Model Baharu Ekonomi (MBE) yang diumumkan pada 2010.
"Saya komited untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan pendirian saya ini jelas dengan dasar-dasar domestik saya," kata Najib dalam paparan terbaharu beliau di laman webnya www. najibrazak.com, malam tadi.
"Saya sentiasa menekankan bahawa sasaran Model Baru Ekonomi kita adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur.
"Dan sebagai Perdana Menteri, dasar dalam dan luar negara saya, adalah bertujuan untuk memastikan pencapaian ini dan mendahulukan keperluan rakyat," katanya.
Najib, yang baru pulang ke tanah air selepas lawatan rasmi selama tiga hari ke Jerman sejak Isnin berkata, banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Laporan Daya Saing Global (GCR) tahunan Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.
Rabu lepas, Malaysia disenaraikan di kedudukan yang patut dipuji iaitu ke-25 daripada 138 ekonomi, namun ia turun daripada tangga ke-18 tahun lepas.
"Dalam dunia yang semakin kompetitif ini, kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang telah kita dicapai. Kita perlu sentiasa komited dalam mencari punca-punca dan membuat penambahbaikan dengan segera.
"Kita harus akui yang penurunan dalam keseluruhan ranking juga disebabkan oleh faktor-faktor luaran dan domestik, malah ada yang di luar bidang kuasa kerajaan," tegas Najib.
Untuk kekal berdaya saing, beliau berkata Malaysia perlu terus berusaha menambah baik kemudahan bagi pinjaman dan melahirkan tenaga kerja.
Berkenaan dengan pendidikan, beliau berkata pelan tindakan yang dilancarkan baru-baru ini bagi pendidikan dan pendidikan tinggi jelas menekankan bahawa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik perlu disepadukan dengan kemanusiaan, sains sosial dan keusahawan secara disiplin.
Sementara itu, Najib berpuas hati Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai negara paling berdaya saing dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun lain di Asia.
"Kita masih mendahului gergasi ekonomi seperti Korea Selatan, Iceland dan China dan ini malahan lebih bermakna lagi dalam iklim ekonomi global yang bergelora sekarang," katanya.
Najib berkata dasar kerajaan berfungsi dengan baik sejajar dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan juga menarik dan mengekalkan pelabur.
"Kita sekarang di kedudukan ke-4 di dunia, naik daripada tangga ke-5 yang yang mana sudahpun terpuji - dalam melindungi pelabur kita di sini di Malaysia.
"Malaysia juga dipandang tinggi di mata para pelabur dengan kemudahan yang disediakan untuk menjalankan perniagaan dan kita berjaya mengekalkan kedudukan kita yang amat dicemburui di ranking ke-6.
"Dasar-dasar kita juga menggalakkan dan membantu syarikat permulaan. Pada hari ini, untuk memulakan perniagaan di Malaysia hanya mengambil masa empat hari sahaja - meningkatkan ranking kita ke kedudukan ke-15 daripada ke-24 sebelum ini," katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata ranking ke-8 Malaysia dalam perbelanjaan kerajaan yang cekap mencerminkan kejayaan mengurangkan defisit bajet sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau berkata inisiatif kerajaan dalam perbelanjaan cekap juga berjaya mengurangkan dengan konsisten defisit fiskal dan ranking GCR Malaysia di kedudukan ke-69 di dunia, naik daripada tangga ke-85, merupakan perakuan kepada usaha ini.
Untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, penting bagi kerajaan menyediakan persekitaran menarik kepada tenaga kerja dan juga yang membolehkan mereka berkembang maju.
"Usaha Malaysia untuk menawarkan persekitaran yang mendorong inovasi dan kreativiti terbukti membuahkan hasil.
"Kita berada di kedudukan ke-8 dan ke-11 masing-masing dalam keupayaan kita
untuk mengekal dan menarik tenaga kerja," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2016
PM berkata dasar kerajaan berfungsi dengan baik sejajar dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. - Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Saya komited jadikan Malaysia lebih berdaya saing - PM
Beliau sentiasa menekankan bahawa sasaran Model Baru Ekonomi adalah untuk menjadikan Malaysia destinasi lebih berdaya saing, produktif dan mesra pelabur.