Sasaran kerajaan untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, masih dalam jangkauan berdasarkan had Pendapatan Negara Kasar (PNK) Bank Dunia sebanyak US$12,476 bagi 2015, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata tahun lepas, PNI perkapita Malaysia meningkat kepada RM36,078 (US$8, 409) dan tahun ini kerajaan mengunjurkan RM37,812 (US$9,222) dan terus meningkat kepada RM39,699 (US$9,474) pada 2017.
"Saya yakin ini (sasaran) masih dalam jangkauan meskipun wujud jurang yang besar.
"Juga diharapkan, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) apabila disahkan, akan menyediakan manfaat yang lebih besar kepada Malaysia berbanding cabaran, dalam membantu melonjakkan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi," katanya pada Siri Syarahan Kewangan Antarabangsa Labuan 2016 mengenai Usaha Sama Ekonomi di sini Jumaat.
Abdul Wahid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Analisis Kepentingan Negara (NIA) yang disediakan oleh Institut Kajian Strategi dan Antarabangsa (ISIS) memuktamadkan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP merupakan kepentingan negara.
"Wujud keraguan sama ada TPPA akan menjadi kenyataan berdasarkan pendirian yang diambil oleh dua calon Presiden Amerika Syarikat. Saya bukan dalam kedudukan untuk membuat spekulasi apa yang akan berlaku selepas 8 Nov 2016. Kita serahkan kepada rakyat Amerika untuk membuat keputusan," katanya.
Dalam ucapannya, Abdul Wahid berkata Malaysia memperoleh manfaat besar hasil penyertaanya dalam pelbagai perkongsian ekonomi, sama ada menerusi perjanjian perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala.
"Sama pentingnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedang dilaksanakan oleh Malaysia dan ASEAN besama beberapa negara pilihan, dan tidak terhad kepada liberalisasi dan dan pasaran terbuka sahaja," katanya.
Malah, ia memang menyeluruh dan meliputi pelaburan, memudahkan perdagangan, hak harta intelek (IPR) serta kerjasama ekonomi dalam bidang seperti dasar persaingan, standard dan pematuhan, teknologi maklumat dan komunikasi, sains dan teknologi, pendidikan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan, kerjasama kewangan serta pembangunan perusahaan kecil dan sederhana.
Setakat ini, katanya Malaysia telah menjalin FTA dengan Jepun, Pakistan, New Zealand, India, Chile dan Australia.
Di peringkat serantau, Malaysia dan rakan ASEAN menjalin FTA ASEAN pada 1991, dan ASEAN setakat ini telah memuktamadkan FTA dengan Australia dan New Zealand, China, India, Jepun dan Korea Selatan, kata Wahid. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016

ABDUL WAHID: Saya yakin sasaran ini masih dalam jangkauan meskipun wujud jurang yang besar. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
![[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah [KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733199958_rasuah.jpg)
[KOLUMNIS] Memahami Misi #25CPI Malaysia 2033: Tekad negara memerangi rasuah
Malaysia telah menetapkan sasaran berani melalui Misi #25CPI, iaitu mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.

Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.

DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.

Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.

Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.