KUCHING: Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu, kata Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Premier Sarawak itu berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Setiausaha Kewangan Negeri pada minggu lepas.
"Pendapatan kita mencecah angka RM13.1 bilion kerana kita mendapat dividen pada bulan Disember dan ini adalah satu rekod dari segi pendapatan kita.
"Memandangkan kerajaan negeri meneruskan langkah untuk menjana lebih banyak hasil dan pengenalan pelbagai undang-undang bagi tujuan itu baru-baru ini, terdapat kemungkinan pendapatan kita akan terus menyaksikan peningkatan.
"Diharapkan pada 2024 dan 2025 kita akan menyaksikan peningkatan (dalam pendapatan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Anglikan anjuran St Thomas's Cathedral di sini hari ini.
Pada 2 Feb lepas, Abang Johari berkata Sarawak telah merekodkan pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
![Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703504264_JohariTunOpeng.jpg)
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) bersama isteri Puan Sri Jumaani Tuanku Bujang pada majlis Rumah Terbuka Krismas Bishop Kuching di Gereja Besar St Thomas, hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703504264_JohariTunOpeng.jpg)
Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo
Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat pada 2023, kata Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat pada 2023, kata Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681284992_AbangJohari.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat pada 2023, kata Abang Johari
Sarawak dijangka terus merekodkan peningkatan pendapatan pada tahun ini berikutan kejayaan mencatatkan pertambahan pendapatan dalam tempoh empat tahun termasuk RM12 bilion pada 2022.
![Sarawak harus perkukuh industri hidrogen Sarawak harus perkukuh industri hidrogen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605263122_abangjohari.jpg)
Sarawak harus perkukuh industri hidrogen
Sarawak harus memperkukuhkah kedudukannya dalam sektor hidrogen memandangkan potensi industri itu dalam jangka masa panjang.