AirAsia X Bhd mengumumkan bahawa saham-saham syarikat itu akan digantung esok.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata penggantungan itu dibuat bagi menunggu satu pengumuman penting.

Dilaporkan bahawa AirAsia X sudah bersedia untuk mengumumkan terbitan hak seawal Jumaat bagi mencuba dan menutup jurang aliran tunai yang semakin bertambah.

Saham-saham AirAsia X ditutup pada 65.5 sen, turun sebanyak 1.5 sen.