KUALA LUMPUR: Saham-saham yang diniagakan di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini dengan kaunter kewangan dan penjagaan kesihatan menjadi penyumbang besar, dirangsang oleh pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk membantu melonjakkan sentimen para pelabur.
Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.53 mata atau 0.16 peratus kepada 1,588.43 daripada 1,585.90 pada penutupan petang Selasa.
Indeks utama dibuka 0.43 mata lebih rendah pada 1,585.47.
Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 236 berbalas 119 manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 304.28 juta unit bernilai RM123.98 juta.
FBM KLCI melantun sedikit pada hari pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh kerana para pelabur menjangkakan proses vaksinasi dapat meningkatkan kehendak para pelabur terhadap saham bertemakan pemulihan, sekali gus dapat memberikan keyakinan kepada saham berwajaran tinggi, demikian menurut Malacca Securities Sdn Bhd.
"Sementara itu, peniaga mungkin berpaling kepada saham teknologi kerana kami percaya proses konsolidasi mungkin berakhir selepas stabil sejak dua minggu lepas. Bagi komoditi pula, harga minyak sawit mentah terus merosot tetapi sebaliknya harga minyak mentah pula melepasi paras US$70, "katanya dalam satu nota penyelidikan di sini.
Untuk fokus sektor pula, firma broker itu yakin dengan pengukuhan harga minyak yang kini melepasi paras US$70, ia akan mendorong beberapa momentum pembelian positif di kaunter minyak dan gas.
"Dengan proses vaksinasi yang kini sedang berlangsung, kami menjangkakan peniaga akan mengambil peluang terhadap saham berkaitan vaksin, bertemakan pemulihan serta teknologi.
Dalam perkembangan lain, Eka Noodles Bhd, yang sahamnya telah digantung sejak 31 Mei, akan dinyahsenaraikan hari ini.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.22, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.22, PetChem tidak berubah pada RM8.05,sementara Petronas Gas turun lapan sen pada RM16.12.
Saham paling rugi termasuk MISC yang turun enam sen kepada RM6.84, Sedania Innovator merosot lima sen kepada 92 sen dan Tomei Consolidated pula susut empat sen kepada RM1.35.
Saham yang mencatatkan keuntungan besar termasuk Pharmaniaga yang menambah 15 sen kepada RM5.89, IHH meningkat 10 sen kepada RM5.49 dan Dufu Technology lebih tinggi sebanyak sembilan sen kepada RM4.45.
Bagi kaunter paling cergas pula, Tanco tidak berubah pada 14.5 sen, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 86 sen dan Nova MSC meningkat satu sen kepada 16.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.89 mata kepada 11,541.80 dan Indeks FBMT 100 menokok 20.23 mata kepada 11,238.35.
Indeks FBM Emas Syariah pula menambah 23.77 mata kepada 12,776.45, FBM 70 naik 35.86 mata kepada 14,835.83 sementara FBM ACE susut 0.61 mata kepada 7,716.54.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 48.56 mata kepada 15,133.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.51 mata menjadi 191.76, sementara Indeks Perladangan turun 15.44 mata kepada 6,816.49.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 02 2021

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 236 berbalas 119 manakala 213 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. - Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.