KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) hari ini memetrai Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dalam usaha membangunkan industri minyak dan gas tempatan.
Perjanjian tersebut melakarkan lembaran baharu mengenai kerjasama yang lebih erat antara kerajaan negeri dan Petronas dalam membangunkan industri itu, ia ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor ketika berucap pada majlis yang bertempat di Menara Kinabalu hari ini berkata CCA adalah dokumen paling penting antara Sabah dan Petronas sejak 16 Jun 1976 apabila perjanjian pembayaran tunai royalti dipersetujui, yang ditandatangani antara Sabah dengan syarikat minyak tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri iaitu SMJ Petroleum Sdn Bhd hasil daripada CCA yang dimeterai antara kerajaan Sabah dengan Petronas.
"Majlis menandatangani CCA hari ini sememangnya menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas di Sabah. Sejajar dengan terma serta syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat untuk menubuhkan syarikat milik penuhnya untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.
"SMJ Petroleum Sdn Bhd akan menerajui penyertaan komersial negeri dalam industri minyak dan gas serta menyelaras semua syarikat berkaitan kerajaan negeri sedia ada bagi memastikan terma serta syarat CCA berjaya dilaksanakan untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya," katanya.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 untuk membincangkan penglibatan secara komersial Sabah dalam industri minyak dan gas antara kerajaan Persekutuan, negeri dengan Petronas.
Katanya, kerajaan Sabah dan Petronas turut mengambil inisiatif mengadakan perbincangan bermula 8 Okt lepas, selain beberapa mesyuarat sebelum CCA dimuktamadkan yang sekali gus menunjukkan kerjasama kedua-dua entiti dalam membangunkan industri minyak dan gas di Sabah.
Jawatankuasa Bersama telah diadakan pada 1 Dis dengan kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengesahkan dan memudahkan penguatkuasaan CCA.
CCA akan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif bagi industri minyak dan gas di Sabah termasuk luar pesisir serta darat, dan kerajaan negeri menerusi syarikatnya SMJ Petroleum Sdn Bhd akan mendapat bimbingan Petronas dalam memastikan negeri itu berupaya menjadi pemain industri yang kukuh.
Melalui jawatankuasa itu, Sabah akan memastikan penyertaan dan kawalan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui pelan pembangunan termasuk penyertaan dalam aktiviti minyak dan gas negeri yang merangkumi Pelan Induk Gas Sabah, projek LNG serta penglibatan dalam Kontrak Perkongsian Produk.
Mengulas lanjut, Hajiji berkata Petronas turut bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah yang akan memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya.
Selain itu, CCA akan membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor dan Petronas akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender, katanya.
Petronas turut komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian hasil yang lebih besar.
"Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa CCA akan memelihara hak perundangan negeri dengan menyediakan perlindungan menyeluruh demi kepentingan negeri," katanya.
Dalam konteks ini, Hajiji berkata kerajaan Sabah merakamkan terima kasih atas komitmen kerajaan Persekutuan dan Petronas yang sentiasa mendengar tuntutan Sabah daripada segi hak minyak dan gasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021

Hajiji bersama Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh (belakang, kanan) menyaksikan upacara menandatangani CCA antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sabah. - Gambar/ bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Wanita hamil nyaris maut, pacuan empat roda dihempap kayu balak
Seorang wanita sarat hamil cedera selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bersama suami dihempap kayu balak dalam kejadian di Sungai Udin, Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.