KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi ihsan (care economy) sebagai usaha meningkatkan penyertaan mereka dalam pasaran tenaga kerja bagi tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal RMK12 di Parlimen hari ini berkata usaha berkenaan juga boleh menangani cabaran penyusutan guna tenaga kesan daripada trend negara menua.
"Komitmen daripada semua pihak, termasuk pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil melalui pendekatan keseluruhan negara dituntut untuk mencapai matlamat ini, dan terus mempergiat usaha untuk memastikan kadar penyertaan tenaga pekerja wanita mencapai sasaran 60 peratus dalam tempoh 10 tahun.
"Langkah untuk menggalakkan wanita kekal atau kembali bekerja akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan dan sokongan yang diperlukan, seperti penjagaan anak, insentif kewangan dan waktu bekerja fleksibel," katanya.
Beliau berkata antara program yang dilaksana termasuk inisiatif MamaCare, insentif pusat jagaan kanak-kanak mampu bayar, Career Come Back Programme dan subsidi yuran taska di tempat kerja.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga akan memberi penekanan dalam memperkasa Orang Kurang Upaya (OKU) dalam meningkatkan akses kepada pekerjaan.
"Maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan OKU akan disepadukan dalam portal MyFutureJobs, manakala prosedur operasi standard pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam akan ditambah baik bagi mencapai sasaran 1 peratus OKU dalam perkhidmatan awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bertemakan Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.

Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.

Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.

Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.

Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.

Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.

564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.

RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.