Semua Kajian dan Pembangunan (R&D) yang telah dibangunkan menerusi sistem pendidikan oleh universiti tempatan seharusnya diberi tumpuan khusus untuk dikomersialkan.
Menurut Pakar Ekonomi Universiti Sains Malaysia Abdul Rais Abdul Latiff, perkara pertama yang harus dilakukan iaitu pembuatan dasar harus melibatkan lebih ramai ahli akademik yang melakukan R&D supaya realiti sebenar dapat diterjemah dalam pelaksanaan dasar.
“Kita mempunyai pelbagai sumber kekayaan namun tanpa R&D ia tetap tidak berguna. Persoalannya adalah bagaimana untuk kita keluarkan R&D ini dan memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat. Jangan hanya biarkan R&D kita tinggal di rak buku.
“Sistem pembuatan dasar dahulu mungkin tidak begitu mesra dalam konteks melibatkan ahli akademik, namun sejak akhir-akhir ini, system permohonan geran kajian sudah menilai apakah hubungan rangkaian kita, dasar apakah yang akan terlibat dan apakah sasaran penyelidikan kita, adakah untuk masyarakat atau industri dan sebagainya,”
“Kerajaan perlu merujuk pakar untuk pembuatan dasar dan apakah dapatan kajian namun kerajasama ini harus bersifat holistik,” katanya dalam Webinar Khas Rancangan Malaysia ke-12: Ke Manakah Hala Tuju Kita yang berlangsung hari ini.
Sesi itu antara lain membincangkan tentang pembangunan sumber melalui pertumbuhan lestari dan teknologi.
Sementara itu Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhammad Daaniyall Abd Rahman berharap Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) disentuh secara terperinci dalam RMK-12.
Beliau berkata namun ia tidak boleh hanya tertumpu kepada dasar semata, namun bagaimana sektor ekonomi khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mampu mengadaptasi dengan IR4.0.
“Apakah tahap kesediaan sektor ekonomi kita (dalam IR4.0) yang banyak diterajui oleh PKS? R&D untuk penggunaan teknologi belum lagi tersedia di peringkat sektor ekonomi terutama PKS yang masih lagi terkebelakang dalam adaptasi IR4.0.
Beliau turut menyeru institusi kewangan agar melibatkan diri secara lebih besar dengan menyediakan dana bagi proses R&D dalam kalangan PKS.
“Institusi kewangan harus menjadi pemudahcara dalam memastikan teknologi kelestarian boleh digunapakai oleh PKS,” katanya.
Tambahnya semua pihak juga harus faham R&D sememangnya memakan perbelanjaan besar dan masa yang panjang untuk dilaksanakan namun jika ia diselaraskan dalam dasar ekonomi, pertumbuhan lestari akan dapat dicapai.