KUALA LUMPUR: Barisan pengurus dana luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi, kira-kira 22 peratus daripada keseluruhan pendapatan dana itu walaupun menghadapi pasaran yang tidak menentu dan mencabar.
Menurut kenyataan pada Ahad, KWSP memaklumkan sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, yang mewakili 17 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata jumlah dana yang diurus oleh pengurus ekuiti dan pendapatan tetap luaran telah meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM189 bilion berbanding lima tahun lepas.
"Selain daripada memaksimumkan pulangan risiko terlaras peringkat portfolionya, KWSP juga berusaha untuk memperkasa semua syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.
"Dedikasi mereka untuk menghasilkan nilai yang berkekalan telah menyumbang kepada kejayaan KWSP dalam memberikan pulangan yang mampan di samping melindungi kesejahteraan persaraan ahli," katanya dalam kenyataan yang sama.
KWSP juga mengumumkan 11 pemenang di Anugerah Pengurus Dana Luaran KWSP 2023 sebagai pengiktirafan prestasi cemerlang barisan pengurus dana luarannya mengikut mandat masing-masing yang dinilai berdasarkan beberapa set metrik kuantitatif.
11 pemenang itu ialah AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Syariah) 2023); Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Domestik Terbaik (Konvensional) 2023); BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn Bhd (Pengurus Dana Bon Global Terbaik 2023) dan Principal Asset Management Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi MSCI Pasaran Pesat Membangun Amerika Latin 2023).
Robeco Institutional Asset Management menjulang anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi Faktor Pelaburan 2023; Abrdn Malaysia Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi MSCI Etika Asia (tidak termasuk Jepun, tidak termasuk Malaysia) 2023) dan AHAM Capital Asset Management (Pengurus Dana Ekuiti Domestik KWSP Terbaik 2023).
Sementara itu, Pengurus Dana Ekuiti Global KWSP Terbaik 2023 dan Pengurus Dana Luaran KWSP Terbaik 2023 diraih oleh Amundi.
Amundi Aalam Sdn Bhd dan Amundi Malaysia Sdn Bhd masing-masing memperoleh anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Syariah Dunia Maju 2023 dan Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Beretika Dunia Maju 2023.
KWSP menjelaskan bagi tahun kewangan berakhir 2023, pihaknya telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus dengan agihan RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional; dan 5.40 peratus dengan agihan RM7.48 bilion untuk Simpanan Shariah.
Secara kumulatif, jumlah agihan untuk 2023 ialah RM57.81 bilion.
Ahmad Badri berkata pencapaian itu turut disumbang oleh pempelbagaian yang dilaksanakan pengurus dana dalam kelas aset, pasaran dan mata wang berbeza yang membantu KWSP untuk kekal berdaya tahan terhadap turun naik pasaran serta melindungi pulangan pelaburannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
KWSP memaklumkan sehingga 31 Dis, 2023, sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap.
PM Anwar terkesan dengan pemergian bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don
Perdana Menteri terkesan dengan pemergian sahabatnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don yang meninggal dunia pagi tadi.
Hamas sifatkan AS gagal beri tekanan kepada Israel
Pegawai Hamas, Ghazi Ahmad berkata Amerika Syarikat gagal memberi tekanan kepada Israel dalam usaha merealisasikan gencata senjata di Gaza.
Najib berkerusi roda ke mahkamah hadir lanjutan prosiding
Datuk Seri Najib Razak kelihatan lemah ketika hadir perbicaraan 1MDB tetapi sempat melambai kepada media di pintu masuk mahkamah.
Angka korban meningkat, rundingan gencatan senjata masih tidak berhasil
Menghampiri satu tahun bermulanya konflik secara besar-besaran itu, kekejaman dan kezaliman Zionis terus dipertingkat ditambah dengan rundingan gencatan senjata yang masih belum menemui noktah.
Perlu ada tekas politik bagi merealisasikan perjanjian gencatan senjata
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
"Jangan buat ukuran begitu, itu hanya memberi sedikit petanda" - PM
Perdana Menteri memaklumkan analisis dari 248 petunjuk SDG terkini, Malaysia berada dalam kedudukan yang agak baik iaitu sebanyak 43 peratus berbanding purata dunia sebanyak 17 peratus.
#AWANInews
#AWANInews
Ruslin Jusoh dilantik KP AADK yang baharu mulai hari ini
Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.
Minta maaf atau siap sedia 'pecah tabung' - Peguam ‘Abang Bas’
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu termasuk kalangan selebriti yang melemparkan kata-kata nista terhadap lelaki itu.
Mahkamah arah MHO, dua pihak lain padam kenyataan kaitkan Mashitah dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Mereka diarah untuk memadamkan kenyataan didakwa berbaur fitnah mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
RM189 bilion disalurkan kepada pengurus dana luaran sehingga akhir 2023 - KWSP
Barisan pengurus dana luaran KWSP menghasilkan pulangan yang baik tahun lepas dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi.