KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan meneruskan kenaikan yang tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan peningkatan kadar faedah AS yang dihentikan seketika terus meningkatkan sentimen, kata penganalisis.
Selera risiko semakin baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS dan beberapa bank pusat utama mengekalkan kadar faedah tanpa mencatat perubahan pada minggu ini.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7265/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7485/7525 sewaktu ditutup semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran kewangan menyambut baik langkah Fed untuk mengekalkan kadar faedah apabila peniaga menjangkakan Fed akan menamatkan kitaran kenaikan kadarnya.
"Malah, menjelang (pengeluaran) data senarai gaji bukan ladang AS (lewat hari ini), ringgit lebih kukuh memandangkan pengeksport tempatan meramalkan hasil perbendaharaan AS telah memuncak, yang menyebabkan kurangnya tekanan kepada mata wang tempatan. Oleh itu, pada masa ini mereka menjual dolar AS pada kadar keuntungan yang besar," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1445/1484 daripada 3.1593/1622 semasa ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding euro kepada 5.0318/0377 daripada 5.0448/0491 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7734/7801 daripada 5.7860/7909.
Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean lain, kecuali berbanding dolar Singapura apabila menambah kepada 3.4713/4756 daripada 3.4798/4830 sewaktu ditutup semalam.
Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/300.9 daripada 299.4/299.8, turun berbanding baht Thailand kepada 13.2332/2553 daripada 13.2156/2337 sebelum ini dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.38/8.40 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean lain, kecuali berbanding dolar Singapura apabila menambah kepada 3.4713/4756 daripada 3.4798/4830 sewaktu ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ringgit ditutup tinggi selepas membetulkan kedudukan terlebih jual
Pada 6 petang, ringgit naik 145 mata peratusan kepada 4.4535/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS 4.4690/4745 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.

Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.

Ringgit ditutup tinggi disokong penurunan hasil bon Amerika Syarikat
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4495/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4710 pada penutup Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.