KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunannya apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah paras 5.0 peratus dalam senario ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Pada 6 petang, unit tempatan itu merosot 0.49 peratus kepada 4.7900/7975 berbanding dolar AS daripada 4.7655/7700, Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diasak tekanan dan kekal lemah berbanding dolar AS biarpun konflik Israel-Hamas menyaksikan beberapa perkembangan positif.
Beliau berkata, ini berikutan bantuan kemanusiaan seperti makanan, air dan bekalan ubat-ubatan dapat diserahkan kepada warga Palestin pada hujung minggu lepas.
"Bagaimanapun, pasaran tukaran mata wang asing dijangka kekal berisiko yang hanya meningkatkan lagi permintaan terhadap dolar AS," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam juga mengunjurkan bahawa paras psikologi bagi ringgit adalah RM4.80 dan berlegar sekitar RM4.78 berbanding dolar AS pada masa ini.
Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata faktor di peringkat luaran terus mendorong perkembangan membabitkan prestasi ringgit dan mata wang serantau.
Beliau berkata, salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi ringgit bagi tahun ini adalah jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan (FFR) AS akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama.
Selain itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata bank pusat itu akan melaksanakan sebarang langkah perlu untuk memastikan ringgit terus diselaras secara teratur, yang membolehkan urusan perniagaan dipermudah.
"Hampir semua mata wang di dunia menyusut berbanding dolar AS, terutamanya di negara pesat membangun termasuk Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, berbanding kelompok mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8179/8270 daripada 5.7777/7831 pada Jumaat, susut berbanding euro kepada 5.0736/0815 daripada 5.0462/0510 dan rendah berbanding yen pada 3.1935/1985 daripada 3.1781/1813 sebelum ini.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama Asean.
Ia susut berbanding berbanding baht Thailand kepada 13.1104/1359 daripada 13.0504/0681 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4872/4932 daripada 3.4731/4767 pada Jumaat.
Unit tempatan itu juga merosot berbanding peso Filipina pada 8.43/8.44 daripada 8.38/8.40 namun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.2 daripada 300.1/300.7, sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
![Ringgit terus susut susulan lonjakan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS Ringgit terus susut susulan lonjakan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Mohd Afzanizam mengunjurkan bahawa paras psikologi bagi ringgit adalah RM4.80 dan berlegar sekitar RM4.78 berbanding dolar AS pada masa ini. - Gambar fail/Reuters
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
![Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713886268_duit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi susulan data ekonomi Amerika Syarikat lemah
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan tinggi pada paras 4.7100/7130 berbanding dolar US daripada 4.7180/7210 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673921887_CurrencyRates.jpg)
Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu menjelang pengumuman data penting ekonomi negara maju itu.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701417872_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan kukuh pada 4.7140/7180 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Jumaat lepas.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9.17 pagi, ringgit diniagakan rendah kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 pada Khamis.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705320699_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.12 pagi, ringgit turun kepada 4.7195/7230 berbanding dolar AS daripada 4.7140/7185 ketika ditutup pada Rabu.
![Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010762_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu, didorong oleh jangkaan bahawa BNM mengekalkan OPR pada 3 peratus.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit merosot kepada 4.7125/7150 berbanding dolar AS daripada 4.7110/7145 minggu lepas.