Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS hari ini selepas para pelabur kekal berhati-hati di hadapan keputusan FTSE Russell sama ada untuk mengekalkan bon Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI).
Pada 6 petang, ringgit diutup pada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 yang dicatatkan semalam.
Pakar Strategi Pasaran Axi Trader Asia-Pacific, Stephen Innes berkata pengumuman yang akan berlaku menyebabkan para pelabur teragak-agak walaupun Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pada bulan lepas bahawa bank tersebut mempunyai perbincangan yang positif dengan pembekal indeks bon global itu, mengenai kemungkinan mengekalkan bon Malaysia dalam WGBI.
"Bagaimanapun, keadaan boleh berubah dengan pengumuman yang berlaku pada 5 petang (5 pagi waktu tempataN), yang mempunyai risiko kecairan yang mencukupi dan keadaan ini harus dipantau teliti," katanya.
Pada penutup, ringgit, bagaimanapun, didagangkan lebih kukuh berbanding dengan mata wang utama yang lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0347/0392 daripada 3.0401/0434 dan menokok berbanding yen kepada 3.8958/9011 daripada 3.9013/9061.
Berbading euro, unit tempatan itu bertambah kepada 4.5842/5914 daripada 4.6060/6108, manakala berbanding pound British, ia melonjak kepada 5.1658/1736 daripada 5.2090/2157 berikutan kebuntuan Brexit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019
Pada 6 petang, ringgit diutup pada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1920 yang dicatatkan semalam. - Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Penarafan kredit meningkat, ramai pelabur lebih tertarik kepada Malaysia - Ahli ekonomi
Malaysia naik taraf kepada 'neutral' selepas hampir enam tahun, impak positif dirasai dalam komuniti pelaburan pasaran bon global.
Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman pakej rangsangan ekonomi hari ini
Pakej itu bertujuan merangsangkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan kesan buruk yang timbul daripada penularan COVID-19 serta ketidaktentuan luaran lain.