KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong sentimen positif menjelang angka unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 Malaysia yang akan dikeluarkan hari ini.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6665/6710 berbanding dolar AS daripada 4.6680/6710 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pihaknya menjangkakan angka unjuran awal yang akan dikeluarkan itu adalah lebih baik daripada pertumbuhan 4.2 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2024.
"Sekiranya angka itu jauh lebih baik daripada KDNK suku pertama, hal itu membawa keadaan yang positif untuk ringgit hari ini," katanya kepada Bernama.
Semalam, Kumpulan AmBank telah mengunjurkan KDNK 2S 2024 untuk mencatat pertumbuhan 5.3 peratus tahun ke tahun dalam keadaan permintaan domestik yang mampan dan eksport yang lebih baik.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dijadual mengeluarkan unjuran awal KDNK Malaysia bagi suku kedua 2024 pada Jumaat.
Mohd Afzanizam juga menyatakan terdapat keyakinan bahawa mata wang tempatan itu boleh meningkatkan lagi peningkatan menjelang akhir tahun berikutan potensi penurunan kadar Rizab Persekutuan AS.
Semalam, AmBank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun, didorong permintaan domestik yang mampan dan eksport lebih baik.
Bank itu menjelaskan unjuran awal itu berdasarkan sektor luar yang bertambah baik secara beransur-ansur, pertumbuhan jualan perdagangan beragihan lebih baik, pasaran tenaga kerja yang kukuh serta inflasi rendah dan berterusan pada suku tersebut.
Mohd Afzanizam juga berkata terdapat keyakinan bahawa mata wang tempatan boleh meningkatkan lagi menjelang akhir tahun ini berikutan potensi pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan lebih kukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9685/9718 daripada 2.9827/9849 ketika ditutup pada Khamis, dan meningkat berbanding pound British kepada 6.0413/0471 daripada 6.0628/0667.
Ringgit juga tinggi berbanding euro kepada 5.0856/0905 daripada 5.1021/1054.
Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4716/4754 daripada 3.4807/4832 semasa ditutup semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.8/289.2 daripada 288.9/289.2.
Ringgit melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8927/9119 daripada 12.9750/9887 namun, tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02 dari semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
![Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi sedikit menjelang unjuran KDNK suku kedua Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi sedikit menjelang unjuran KDNK suku kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675044442_duit.jpg)
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6665/6710 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Mohd Zamri dilantik Naib Canselor UMT
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu yang keenam bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos lepas hingga 31 Julai 2026.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi menggantikan Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar.
Belasungkawa: Bekas Speaker DUN Perak meninggal
Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang Rabu.
Dua penuntut IPT lemas ketika mandi air terjun
Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lemas ketika mandi di Air Terjun Lubuk Kain di Kampung Shukur, Dungun tengah hari Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billal Shah (AMBS) Sharifuddin Ali berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.36 tengah hari sebelum menggerakkan sembilan anggota dan tiga jentera ke lokasi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billal Shah (AMBS) Sharifuddin Ali berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 12.36 tengah hari sebelum menggerakkan sembilan anggota dan tiga jentera ke lokasi.
Pencemaran sungai: JAS tahan dua individu
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan dua individu bagi membantu siasatan pencemaran bau dan henti-tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1), SSP2 dan SSP3, semalam.
Parkir kereta laluan pejalan kaki, Hasbie Muda mohon maaf
Ahli Dewan Negara, Mohd Hasbie Muda tampil membuat permohonan maaf dan bersedia untuk dikenakan kompaun atas kesalahan meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Isu tajaan arak, KPM perlu tegas - Wan Fayhsal
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu tegas dalam isu penajaan arak di sekolah vernakular dan tidak membuat sebarang pusingan U demi memenuhi kehendak beberapa pihak berkepentingan.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut tidak boleh terus menjadi normalisasi dalam masyarakat kerana berupaya menjadi ancaman dan memberi implikasi buruk dalam kehidupan.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara tersebut tidak boleh terus menjadi normalisasi dalam masyarakat kerana berupaya menjadi ancaman dan memberi implikasi buruk dalam kehidupan.
JPA sedia peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan ruang dan peluang kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkelayakan untuk berkhidmat dalam sektor awam melalui syarat lantikan lebih luas serta fleksibel.
![Paris 2024: Perkampungan sukan tampil konsep moden, santai, mesra atlet Paris 2024: Perkampungan sukan tampil konsep moden, santai, mesra atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721861754_Olympicvillage.jpg)
Paris 2024: Perkampungan sukan tampil konsep moden, santai, mesra atlet
Dengan pelbagai kemudahan disediakan, ia menjadi tempat 'healing' terbaik buat atlet selepas berhempas pulas di lapangan masing-masing.
![Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721863813_WanAbdulLatiffWan.jpg)
Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan
JAS jalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan akrilik di kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang.
![Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721864083_Penghantarbarangna.jpg)
Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.
![Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.
![Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Maybank IB unjur ringgit cecah 4.60 menjelang akhir tahun ini
Ia susulan kepada potensi Fed menurunkan kadar faedahnya dan BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7180/7210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7200/7225 pada Selasa.
![Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang serantau
Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa walaupun data ekonomi negara maju itu lemah.
![Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.7160/7190 berbanding dolar AS, tidak berubah ketika ditutup pada Khamis.
![Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716610812_BNM.jpg)
Aset rizab rasmi Malaysia US$113.59 bilion pada akhir Mei 2024 - BNM
Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$26.89 bilion pada akhir Mei 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.
![Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696493849_Pengarah.jpg)
Indeks Daya Saing: Jangan salahkan kerajaan, ini masalah struktur - Pengarah MINDA-UKM
Kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Daya Saing Global IMD 2024 tidak wajar dipersalahkan kepada kerajaan semasa.
![Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709167362_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Isu PLV, UiTM dan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat di portal Parlimen, kesemua soalan berkenaan akan diajukan pada sesi soal jawab lisan.