KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2018 dalam usaha untuk mengatasi inflasi.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan tinggi pada 4.1815/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1965/1995 pada penutup hari Rabu.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS telah memutuskan untuk menaikkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas, menjadikan kadar faedah penanda aras kepada 0.50 peratus.
Beliau berkata berdasarkan ramalan baru-baru ini, nampaknya kadar faedah akan terus dinaikkan sebanyak suku peratusan mata dalam setiap mesyuarat sepanjang 2022.
BACA: The Fed tingkat kadar faedah 0.25 peratus
"Ini boleh menjadikan Kadar Dana Persekutuan kepada 2.00 peratus menjelang akhir tahun ini. Pasaran telah pun mengambil kira langkah sedemikian dan oleh itu, pasaran ekuiti telah memberikan tindak balas secara positif.
"Hakikatnya, langkah monetari yang ketat seumpama itu adalah petunjuk bahawa aktiviti ekonomi semakin kukuh, dengan pasaran buruh menunjukkan daya tarikan yang baik," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam menambah ringgit sepatutnya menunjukkan prestasi baik hari ini, bergerak dalam julat antara paras RM4.18-RM4.19.
"Malah, kadar dasar semalaman (OPR) sekiranya dinaikkan pada satu ketika pada masa hadapan boleh membantu mengukuhkan lagi nilai ringgit,'' katanya.
Pasaran mata wang juga lega kerana tanda-tanda kemajuan dalam rundingan damai Ukraine-Rusia telah menaikkan sentimen dalam kalangan pelabur.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0798/0834 daripada 3.0823/0847 pada penutup Rabu dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.5174/5215 daripada 3.5461/5487.
Bagaimanapun, mata wang tempatan menyuusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5008/5067 daripada 5.4790/4829 dan rendah berbanding euro kepada 4.6197/6247 daripada 4.6111/6144 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan tinggi pada 4.1815/1860 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup tinggi susulan permintaan merosot terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3455/3510 pada Khamis.
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Ringgit ditutup tinggi, disokong sentimen positif menjelang belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.2945/2995 berbanding dolar AS 4.3080/3120 ketika ditutup semalam.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025.