KUALA LUMPUR:Ringgit meneruskan keuntungan yang diraih pada urus niaga Isnin untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh permintaan kukuh untuk unit tempatan itu berserta peningkatan harga minyak mentah, kata seorang penganalisis.
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang semalam.
Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent naik 0.48 peratus untuk diniagakan pada US$60.85 setong.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata sementara ringgit pada kebiasaannya menikmati semua kelebihan ketika harga minyak melonjak, tetapi minggu ini lebih kepada minggu penentu bagi unit tempatan berkenaan.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan ini susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0453/0501 daripada 3.0421/0465 ketika ditutup pada Isnin petang dan lemah berbanding euro kepada 4.8911/8996 daripada 4.8874/8942.
Ringgit merosot berbanding yen kepada 3.8583/8647 daripada 3.8472/8523 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5796/5887 daripada 5.5683/5764 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup petang semalam. -Gambar fail
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
Pengarah hospital Gaza ditahan Israel, kata pihak berkuasa Hamas
Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Ringgit mengukuh 60 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka pagi ini
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan mengukuh 60 mata asas kepada 4.0570/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0680 ketika ditutup semalam.